37❤

233 36 18
                                    

Kring~

"Wah!! akhirnya aku bebas dengan exam besar ni..yes!"

Yoojung berkata dengan teruja lalu memeluk bahu Aeyoung.Apabila dia menyedari yang Aeyoung asyik mendiamkan diri, langkahnya dihentikan lalu menarik lengan Aeyoung agar tidak terus berjalan.

Aeyoung mengangkat muka dengan kerutan di dahi sambil memandang Yoojung.

"Kenapa berhenti?"Soal Aeyoung.

"Kenapa kau masam je ni?takkan tak suka exam kita dah habis kot?"Soalan dibalas soalan oleh Yoojung.Aeyoung sekadar menggeleng kecil seraya menunduk memandang lantai.

Yoojung memeluk tubuh seraya mengeluh halus.Dia memerhati wajah Aeyoung lama sehingga dia mengambil keputusan untuk memeluk kawannya itu.

Aeyoung mula naik hairan dengan tindakan Yoojung.Tapi,dia hanya membiarkan sahaja.

"Young-ah..aku tak suka tengok kau macam ni..aku nak kawan aku yang dulu..yang sentiasa tersenyum walaupun macam-macam masalah yang datang."

Yoojung berkata sambil menepuk belakang kawan baiknya.Kata-kata Yoojung menyebabkan hatinya terasa sebak.Sepatutnya dia akan meraikan hari ini bersama Taehyung tapi sebaliknya.

"Nanti exam dah tamat,kita terus pergi makan besar okay?"

"Wow..banyak ke duit kau encik Taehyung oii.."

"Eh.. mestilah..kau nak makan apa, bagitahu je..aku belanja."

Kata-kata Taehyung itu kembali bermain di fikiran.Dia tahu perkara itu tidak akan terjadi kerana pasti lelaki itu akan menemani Jina.

"Aeyoung.. aku nak kau lupakan dulu pasal apa yang kau tengah fikirkan sekarang sebab aku nak bawa kau pergi makan dekat kedai tteokboki kegemaran kau okay?jom.."

Aeyoung tersenyum kelat sambil mengangguk.Lantas, Yoojung menarik lengan gadis itu untuk berjalan bersama.

.
.
.
.
.
.

Jungkook yang sedang duduk di meja makan memandang sekeliling lalu menilik jam di tangannya.

"Haih..lama betul Yoojung dengan–"

"Yow Jungkook!!maaf lambat.Kau dah pesan makanan ke belum?"Tegur seseorang lalu melabuhkan duduk bersama kawannya.

"Dah..kau ni Yoojung..kenapa lambat haa?dah sepuluh minit aku tunggu.."Jungkook berkata sambil memeluk tubuh.Aeyoung yang duduk di sebelah Yoojung sekadar mendiamkan diri.Malas mahu masuk campur.

Jungkook menendang kaki Yoojung di bawah meja sehingga gadis itu menjerit sakit.Jungkook pula memberi isyarat untuk diam.Nasib baik Aeyoung tidak mendengar sebab dia memakai earphone.

"Kau kenapa weh?"Bisik Yoojung ke arah Jungkook.

"Itu..kenapa dengan Aeyoung?diam je..pasal Taehyung lagi ke?"Soal Jungkook kembali dengan turut berbisik.

Yoojung mengangkat bahu menandakan dia tidak pasti.Jungkook pula terus memerhati Aeyoung yang ralit bermain telefon.

Sebaik saja mereka selesai makan, Jungkook mempelawa dirinya untuk menemani Aeyoung pulang manakala Yoojung sudah balik awal sebab eommanya mahu membawa dia ke shopping mall.

Suasana diantara Jungkook dan Aeyoung sepi.Tiada yang bersuara.Hanya bunyi derapan kasut mereka berdua yang menemani perjalanan mereka yang sedang berjalan menuju ke arah rumah Aeyoung yang tidak jauh dari kedai tteokboki tadi.

Aeyoung menggosok-gosok tangannya yang terasa sejuk.Secara tiba-tiba, Jungkook memegang tangan Aeyoung lalu memasukkan ke dalam poketnya.

Gadis itu sudah terkedu,dia cuba untuk menarik keluar,tapi Jungkook memegang dengan lebih erat.

"Hey Jung..le–"

"Jangan degil boleh tak?sejuk kan?apa gunanya aku sebagai kawan kalau tak boleh lindungi sahabatnya ketika dia dalam kesejukan?"

Aeyoung malas menjawab sebaliknya dia berhenti dari berjalan.Jungkook pula memandang kearahnya dengan dahi berkerut.

"Jangan cakap macamtu lagi,aku rasa bersalah dan dalam masa yang sama aku rasa sedih.."Kata-kata Aeyoung menambahkan lagi kerutan di dahi Jungkook.

"Kau mengingatkan aku tentang–"

"Taehyung..right?"Cantas Jungkook cepat.Aeyoung mengangguk perlahan.

"Sejujurnya..aku tak suka kau asyik sedih sebab Taehyung yang tak pernah nampak perasaan kau..kau kena move on Aeyoung.."Jungkook memegang kedua bahu Aeyoung dengan lembut.

"Kau tak faham Jung..banyak kali aku dah cuba tapi tetap tak boleh..cara macam mana lagi boleh buatkan aku move on dari dia? bagitahu aku.."Suara Aeyoung sedikit meninggi.

Jungkook terus menarik Aeyoung kedalam pelukan sambil mengusap rambut gadis itu.

"Ada caranya...dan aku yakin kau tak akan tersakiti oleh dia lagi dan kau akan jumpa euphoria yang sebenar..."

Aeyoung diam menunggu apa lagi yang mahu dikatakan oleh Jungkook.

"Kalau kau..sudi jadi girlfriend aku.."

TBC❤

A/n: Korang setuju kalau Jungkook dengan Aeyoung?atau korang masih mengharapkan Taehyung?


Apapun terima kasih sebab sudi meluangkan masa membaca ff ini.Mohon lepas ni tiada silent readers ❤

Terima kasih untuk orang yang dah support cerita ni dari chapter awal❤

Jun 💜 U

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now