43

208 23 2
                                    

"Seronok kan tadi? Thanks sebab sudi bawa saya naik benda alah tu.Saranghaeyo!"

Kata-kata Jina langsung tidak diendahkan oleh Taehyung .Fikirannya terus menerawang tentang perkara lain.

Dia nampak apa yang Jungkook dan Aeyoung  lakukan di dalam gerabak roda ferris tadi memandangkan gerabak dia dan Jina berada bertentangan mereka.

Rasa ingin tahunya semakin tinggi apabila melihat Aeyoung menangis di tepi Jungkook. Adakah Jungkook menyakitinya?

"Taehyung?awak okey tak? "Soal Jina prihatin seraya meletakkan tangannya diatas dahi Taehyung. Lelaki itu hanya menggeleng kecil seraya terseyum nipis.

Tiba-tiba,telefon Jina berdering kerana mendapat panggilan dari seseorang.

"haish.. Kenapa dia telefon waktu macam ni? Menyusahkan.. "Omel Jina perlahan supaya tidak didengari  Taehyung. Telefon tersebut terus diletakkan di dalam poket.

"Kenapa? Siapa telefon? Doktor? "Soal Taehyung.

"Ha? Erm.. Y-ya doktor.. Taehyung jom pergi gerai kecil dekat situ. "

Taehyung sekadar mengangguk tanpa meyoal panjang. Dia terus sahaja mengikuti langkah kaki Jina ke arah gerai tersebut.

"Jina eonnie?"

Baru beberapa langkah, seseorang datang menegur Jina. Gadis itu menjadi gelabah dan cuba untuk mengelak tetapi Taehyung  terlebih dahulu menahannya.

"Dia panggil awak kan? "Kata Taehyung.Jina menjadi teragak-agak untuk memandang ke arah individu tersebut.

"Eonnie..Jiyun rindu sangat dekat eonnie.. Kenapa Jiyun telefon selalu tak dapat? "Kata gadis tersebut seraya terus memeluk Jina.

Jina berdehem kecil lalu melepaskan pelukan gadis tersebut.

"Eo? Awak ni siapa? Kawan kakak Jina ke? "Soal Jiyun sopan.Jina disebelahnya hanya mendiamkan diri.

Taehyung senyum sambil mengangguk.

"Saya Jiyun ad-"Belum sempat Jiyun memperkenalkan diri kepada Taehyung, Jina terus sahaja menarik Jiyun ke tempat lain.

"Awak tunggu sini. Ada perkara penting yang perlu saya cakap dengan dia. "

---------

"Nah airnya..."Aeyoung terus menyambut huluran air mineral daripada Jungkook.

"Komawo.. "

"Jadi kau dah fikir masak-masak tentang hal ini? "soal Jungkook lalu mengambil tempat di sebelah Aeyoung yang sedang menghadap ke arah laut.

"Mungkin ini keputusan yang terbaik.. Aku akan ikut cakap kau. Beri sokongan untuk aku ya? "Aeyoung memandang kearah Jungkook lalu menghulurkan jari kelingkingnya.

"Huh? "

"Janji merah jambu dengan aku untuk sokong aku. "Jungkook tergelak kecil lalu menyatukan jari kelingkingnya dengan Aeyoung.

"Aku hormati keputusan kau..Asalkan kau gembira dengan pilihan kau. "

"Tapi kau jangan beritahu Taehyung.. Aku nak buat kejutan dekat dia. "Kata Aeyoung lagi.

"Okey boss.. "

TBC-

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now