38❤

234 31 0
                                    


Aeyoung bergolek dari kiri ke kanan diatas katil.Luahan Jungkook tadi membuatkan dirinya rasa tidak tenang.

Dia ambil bantal lalu menumbuknya geram.Jadi kekasih Jungkook adalah satu perkara yang tidak pernah dia bayangkan kerana dia pernah membenci lelaki iu dahulu.

Tapi,siapa sangka, Jungkook sentiasa ada disaat dia kecewa dan sedih.Jadi,tanpa berfikir panjang dia terus terima lamaran Jungkook untuk menjadi kekasihnya.

"Kenapa??menyesal pula tak dengar kata orang tua-tua..itulah aku dulu benci sangat dekat dia..last-last..aku jadi girlfriend dia..aku rasa macam semua ni mimpi!!"

Aeyoung bangun dari pembaringannya lantas mengambil telefonnya yang berdeting menandakan mesej masuk.

JK arnab 🐇

Weh sayoung..tidur elok-elok.Mimpikan aku tau.muah💋

Pesanan ringkas dari Jungkook membuatkan Aeyoung tersenyum.

"Bahenol betul Jungkook ni..nak panggil sayang panggillah elok-elok..eh jap..kenapa aku kisah pula?"Telefonnya terus dicampak kesisinya tanpa membalas mesej Jungkook.

Ketukan di pintu menarik perhatian Aeyoung dari terus melayani perasaan.Dia bingkas berdiri menuju ke arah pintu biliknya lalu pintu itu dibuka.

"Nak apa?"Aeyoung menyoal malas abangnya yang berada di hadapan muka pintu biliknya.

"Tu..kat bawah ada orang cari kau.."Jawab Jaybon lantas pergi meninggalkan Aeyoung yang terpinga-pinga.

"Orang? siapa pula datang memalam ni?"Aeyoung menyoal diri lalu masuk semula kedalam bilik dan mengambil baju sejuk sebelum keluar semula.

.
.
.
.
.

Aeyoung berjalan sambil menggosok kedua-dua tangannya yang terasa sejuk.Pintu pagar rumah ditutup sebelum dia melangkah kearah sosok tubuh seseorang yang berdiri membelakanginya.

Cahaya yang samar-samar menyebabkan penglihatan Aeyoung sedikit terjejas untuk mengetahui siapakah yang mahu berjumpa dengannya pada waktu malam.

"Eo? siapa tu?"Orang itu berpusing sebaik ditegur Aeyoung.

"Youngie..annyeong.."

"T-Taehyung?ada apa datang malam-malam ni?"Soal Aeyoung lagi.Taehyung terus berjalan merapati Aeyoung sambil tersenyum petak lalu menjentik dahi luas milik gadis itu.

"Kau ingat tak..dulu aku pernah janji nak belanja kau makan lepas habis exam?Kau lupa ke?"

Aeyoung menunduk sedikit.Entah kenapa hati dia terasa sedikit sebak kerana lelaki itu masih ingat tentang janji yang itu.

"Okey..kau nak belanja apa?"Aeyoung mengangkat mukanya semula lalu memandang wajah Taehyung yang kelihatan agak kacak dibawah cahaya bulan yang menerangi pada malam itu.

"Tempat biasa..7E.Tempat favorite kau kan.."Balas Taehyung dan mendapat anggukan setuju dari Aeyoung.

.
.
.
.
.

"Terima kasih weh belanja.."Kata Aeyoung sebelum menyumbat semula baki ramen yang tinggal.Taehyung sekadar mengangguk sambil tersenyum.

Sejujurnya dia rindu untuk lepak bersama Aeyoung seperti dulu.Tapi,sejak kehadiran Jina, semuanya berubah sama sekali sehingga turut menjejaskan hubungan persahabatannya bersama Aeyoung.

Ramen yang berada dihadapannya langsung tidak terusik.Matanya ralit melihat Aeyoung yang khusyuk makan.Entah kenapa,dia dapat rasakan sesuatu yang tidak pernah dia rasakan sewaktu berada dengan Jina.

Dia dapat rasakan hatinya berdegup laju setiap kali Aeyoung tersenyum kearahnya.Tapi,dia masih tidak tahu apa maksud disebaliknya.

Mulut Aeyoung yang penuh dengan kotoran menarik perhatian Taehyung.Perlahan-lahan dagu gadis itu diangkat menggunakan jari runcingnya.

Aeyoung pula sudah terkebil-kebil dengan tindakan Taehyung yang tiba-tiba itu.Wajah Taehyung semakin mendekati wajahnya.Semakin lama semakin dekat sehingga Aeyoung dapat rasakan nafas Taehyung hinggap di wajahnya.

Gadis itu terus menutup matanya.Tapi,tidak sampai beberapa minit dia tidak merasakan apa-apa yang berlaku.Dia kembali membuka mata.

Taehyung mengambil tisu lalu lap mulutnya yang comot dengan sisa kuah ramen.

Dan dapat juga dia rasa yang jantungnya berdegup dengan sangat laju akibat perbuatan Taehyung.

'Kenapa kau buat aku makin susah nak move on dari kau Taehyung?'

TBC❤

A/n;Raya nak dekat dah..Jangan main mercun ya?

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now