48 [End]

394 28 0
                                    

Keesokannya-

Lapangan Terbang Seoul

"Semua dah ada? Passport dan Ic?"soal Puan Jeon dengan risau.

"Don't worry,ma.Semua Youngie dah bawa tunggu nak naik plane saja. Erm, papa mana? "Tanya Aeyoung pula sambil memerhatikan sekeliling.

"Dia balik sekejap ambil sesuatu.."jawab Puan Jeon seraya melilitkan skarf di leher Aeyoung.

"Thanks ma"

"Youngie!! "

Jeritan Jaybon menarik perhatian Puan Jeon dan Aeyoung.Kedua-duanya memandang Jaybon dengan reaksi yang pelik.

"Kamu kenapa Jay? Nampak hantu? Haih macam budak kecil."Rungut Puan Jeon manakala Aeyoung disebelah tergelak kecil. Masak dengan sikap abangnya yang kadang-kadang seperti kebudak-budakkan.

Jaybon menggaru kepalanya tidak gatal sebelum menyambung bicaranya yang terhenti tadi.

"eh.. Youngie itu Taehyung lah.. "kata Jaybon sambil menunjukkan ke suatu arah dan serentak Aeyoung dan puan Jeon menoleh ke arah yang ditunjukkan Jaybon.

"Eh, yelah.. Taehyung! Sini.. "Jerit Puan Jeon.Aeyoung di sebelah menunduk muka. Semakin Taehyung dekat, semakin kencang jantungnya berdegup.

Taehyung berjalan ke arah mereka sambil membawa sebuah kotak yang dihias dengan cantik.

Jaybon di sebelah sudah menyakat Aeyoung yang sedari tadi asyik memandang ke arah Taehyung.

"Hai makcik dan hyung, Sebenarnya Taehyung datang sini nak bagi ni dekat Aeyoung. Mana tahu dia perlukan ini. Memandangkan sekarang musim sejuk. "

Kata Taehyung sambil memberikan sebuah kotak yang mengandungi baju sejuk kepada Aeyoung.

"Susah-susah saja kamu ni. Terima kasih sebab ambil berat dekat anak makcik ni. "Balas Puan Jeon seraya melirik ke arah jari manis Taehyung .

"Eh..kamu dah berpunya ke? "Soal Puan Jeon dengan muka terkejut. Yelah, mana tahu si Taehyung itu sudah berpunya. Dia tidak mahu Aeyoung jadi orang ketiga.

Aeyoung dan Taehyung saling memandang satu sama lain dan tersenyum. Puan Jeon terus memandang ke arah mereka berdua silih berganti.

"Macam ada apa-apa saja kamu berdua ni? "Puan Jeon menyoal sambil memegang dagu dengan nada teruja.

Soalan Puan Jeon tidak terbalas apabila pengumuman pesawat yang akan dinaiki Aeyoung sudah dibuat.

Taehyung dan Aeyoung masing-masing mendiamkan diri. Sekarang belum masa yang sesuai untuk diberitahu kepada Puan Jeon. Serentak itu, Tuan Jeon juga baru sampai dengan nafas yang tercungap-cungap seperti orang selepas berlari.

"Aeyoung, tunggu.Ni tolong sampaikan dekat makcik kamu di Amerika tu. Hari itu dia pesan dekat papa,suruh kamu bawa sekali kimchi ni. "

Aeyoung terua mengambilnya dan mengangguk.

"Jumpa lagi selepas tiga bulan..bye! "

-----------------------------

Tiga bulan kemudian -

"Aeyoung dah sampai dekat Korea ni.. Mana mama dan papa? "Soal Aeyoung di hujung talian.

"Sekejap lagi sampai.. Tunggu ya. "

Sejurus itu, Puan Jeon terus menamatkan panggilan.

Aeyoung berjalan perlahan ke arah pintu keluar lapangan terbang tersebut. Dia berdiri sambil memandang sekeliling.

Rindunya dia pada negara kelahirannya itu walaupun baru tiga bulan tidak menjejakkan kaki di negara itu.

Tahun pun sudah masuk 2020.Tahun baru dengan azam yang baru. Selepas ini, dia berharap kisah bahagia pula yang dicipta sepanjang tahun ini.

Bunyi hon kereta menarik perhatiannya.Dia menapak dengan laju ke arah kereta yang dipandu papanya.

....

"Baik, semua dah sedia?Masuk sahaja Aeyoung dalam rumah.Kita terus letupkan benda ni tahu! "Ujar Puan Jeon dengan penuh semangat.

Suasana di dalam rumah menjadi sunyi dan gelap sehinggalah terdengar bunyi enjin kereta yang sedang memasuki halaman rumah.

"Okay semua standby.. "

Apabila Aeyoung sudah membuka pintu, terus sahaja mereka meletupkan confotetti tersebut dan lampu juga turut dihidupkan.

"Selamat kembali dan selamat hari jadi Jeon Aeyoung! "Semuanya berteriak bersama.

Aeyoung meniup lilin diatas kek yang dipegang oleh Yoojung lalu memeluk kawan baiknya itu.

"Terima kasih semua. Sebenarnya, Aeyoung pun lupa yang harini hari jadi Aeyoung. Tapi, terima kasih sebab dah buatkan semua ni untuk Aeyoung. "Ucap Aeyoung lalu memeluk seluruh ahli keluarganya.

"Tapi, Aeyoung kena ucapkan banyak terima kasih pada seorang lagi ni. Dia banyak membantu dari awal sampai habis. Dia juga yang rancang semua ni. "Kata Puan Jeon.

Aeyoung memandang ke arah Taehyung.Tetapi,lelaki itu menggeleng.

"Saya memang nak buat tapi orang itu tak bagi."kata Taehyung .

"Hai semua. "

Suara itu terus menarik perhatian Aeyoung. Gadis itu juga terkejut besar dengan kehadiran yang tidak disangka lelaki itu. Lagipun, sudah lama mereka tidak bertemu mahupun contact antara satu sama lain.

"Selamat hari lahir Aeyoung. "

"Haa.. Dialah yang buat semua ni. "Kata Tuan Jeon .

"Erm, Jungkook terima kasih. "Ucap Aeyoung lalu membongkok.

"Tiada apa nak diterima kasihkan. Lagipun,ini kira hadiah dari aku untuk raikan kau dan Taehyung yang dah bersama semula. Jadi, no worries. Makanlah semua makanan ni. Kalau tak cukup bagitahu aku. "

Jungkook memang seorang yang baik hati bagi Aeyoung. Tidak sangka pada awal pertemuan mereka yang sering bergaduh akhirnya menjadi kawan.

Taehyung pula memang naif dari awal. Dia tidak tahu menilai perasaannya sehinggalah penipuan Jina menyedarkan dirinya tentang perasaannya.

Bagi Aeyoung pula, disebabkan sikapnya yang masih setia pada Taehyung akhirnya membuahkan hasil apabila mereka juga dapat bersama menjadi hero dan heroin bagi cerita cintanya sendiri.

Jungkook berjalan ke arah Taehyung dan menghulurkan tangan. Taehyung pula terus menyambutnya tanpa ragu-ragu.

"Aku minta maaf atas semuanya. Aku harap kita dapat berkawan baik selepas ini. Jaga Aeyoung baik-baik. Kalau aku tahu, dia broken lagi. Aku ambil dia semula. "Kata Jungkook  sambil tersenyum semanis boleh.

"Ya, aku pun sama. Tentang Aeyoung kau jangan risau. I know that I can treat her better than you. "balas Taehyung lalu membalas senyuman Jungkook.

Semakin lama semakin kuat pegangan tangan mereka sehingga kehadiran Aeyoung telah menghentikan perbuatan mereka berdua.

"Jom tangkap gambar, buat kenangan. "

Semuanya berkumpul bersama dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.

Bagi Aeyoung, ini bukanlah pengakhiran tetapi adalah permulaan.Dia berharap semuanya akan berjalan dengan baik sepanjang tahun ini dan tahun berikutnya.

The End

A/n:Terima kasih banyak buat semua yang dah setia bersama ff noob ni dari awal chap sehingga ke hujung. Terima kasih juga buat semua pembaca yang sudi datang jenguk walaupun tak vote. Tapi, sis tetap gembira. Lagipun,ini adalah ff pertama yang berjaya sampai penamatnya. Maaf kalau ada banyak kekurangan dalam ff ni. Untuk ff ke depan, sis akan buat yang lebih baik.

Sekian, lots of love
Wintersky- (20 Disember 2019)

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now