20❤

240 39 26
                                    


Seminggu kemudian_

"Taehyung!! Sekejap." Panggil Aeyoung seraya berlari ke arah Taehyung yang sudah berada di depan pagar sekolah.

"Nak apa?aku takda masa ni..cepat sikit." Kata Taehyung dalam nada dingin.Wajah Aeyoung hanya dipandang sekilas.

"Petang ni kita jumpa tempat biasa.Ada hal aku nak bincang." Aeyoung memandang Taehyung dengan penuh pengharapan.

"Hmm.Tengoklah macam mana." Balas Taehyung acuh tak acuh lalu dia ke arah stesen bas diikuti Aeyoung.

Memang mereka akan sentiasa naik bas yang sama memandangkan rumah mereka juga hanya berdekatan.

Apabila bas tiba,Aeyoung turut mengikuti Taehyung.Aeyoung melihat jika ada kerusi kosong.Ada!tetapi satu kerusi kosong disebelah Taehyung.

Dia melangkah perlahan dalam keadaan yang tidak stabil kerana bas sudah mula bergerak sehingga sampai ke tempat kosong tersebut.

Baru sahaja Aeyoung ingin melabuhkan punggung,  Taehyung pantas menahan.

"Sebelah aku ada orang." Kata Taehyung tanpa menoleh kearah Aeyoung.

Aeyoung memandang pelik.

"Nanti orang lain naik.Aku tolong simpan untuk dia." Sambung Taehyung lagi lalu meletakkan beg sekolahnya diatas kerusi kosong tersebut.

What the-

Mulalah Aeyoung nak mencarut si Taehyung ni dalam hati.

Sehingga tiba di stesen bas di taman perumahannya,langsung tiada orang yang mengisi tempat kosong di sebelah Taehyung.

Mereka berdua turun bersama.

Aeyoung menjerit kegeraman di dalam hati.Kalau tahu tadi, dia duduk pun takpa.Taehyung nak bising?biar dia bising.Dasar kawan lupa kawan.

"Taehyung.. Kalau kita cakap sekarang je boleh?" Soal Aeyoung lalu menghadapkan badannya ke hadapan Taehyung.

"Hmm.." Taehyung tidak mengangguk mahupun menggeleng.Aeyoung mengeluh halus tetapi dia mula mengukirkan senyuman nipis.

"Tae..aku nak minta maaf.."

"Untuk?"

Aeyoung mengeluh sekali lagi sebelum menyambung percakapnnya.Nampak macam Taehyung tidak kisah.

"Aku tak ada niat langsung nak tinggalkan kau macam mana omma kau tinggalkan kau.Aku cuma nak bagi ruang unt-"

"Untuk hubungan kau dengan Jungkook? Macam tu?bagi aku ,kau langsung tak ubah macam omma yang sanggup tinggalkan aku demi lelaki lain.Kau tahu?aku sakit bila kau buat macamtu..kau sama je macam omma aku..kau sama bod-"

Satu tamparan hinggap di pipi Taehyung. Berpinar mata Taehyung seraya air matanya juga turut mengalir perlahan.

"Aku tak bodoh lagi Taehyung. Aku dengan omma kau tak pernah sama.Dan tak akan pernah sama..aku masih lagi pegang pada janji aku.Tapi kau?jangan jadi munafik Tae.." Seusai Aeyoung berkata dia terus berlari meninggalkan Taehyung di belakang.

Hati dia sakit.Air mata yang bertakung sejak dari tadi mulai pecah.

Taehyung diam terkaku.Dia sentap,marah,kecewa,semua perasaan bercampur baur.Dia melihat bayang Aeyoung yang sudah jauh darinya.

"Mianhe Aeyoung.. sebenarnya aku takut kehilangan kau tapi..dalam masa yang sama aku tahu aku bodoh sebab abaikan janji kita,abaikan perasaan kau..sebab aku taknak kau terluka..aku dah ada Jina..aku juga taknak sakiti perasaan dia.." Monolog Taehyung sendirian ditemani air mata.

"Kalau boleh diputarkan masa.Aku taknak kenal dengan Jina...kenapa aku bodoh sangat..maafkan aku Aeyoung.. Maafkan aku.." Akhirnya Taehyung jatuh melutut.Dia kesal dengan keputusan yang dia buat.

Mengabaikan seorang gadis bernama Aeyoung adalah sama sahaja seperti dia mengabaikan permata yang tidak ternilai.

Dalam masa yang sama hujan turun membasahi bumi seolah turut bersedih dengan kisah Taehyung Dan Aeyoung.

TBC.❤

A/n:korang Jun mohon korang vomment.Jun taknak layan perasaan sorang2...huwaa..

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now