39❤

217 26 0
                                    

Taehyung berjalan ke arah sebuah apartment sambil membawa bungkusan makanan di tangannya.Sesekali dia melihat jam di tangannya supaya dia tidak terlewat ke sekolah.

Pintu rumah diketuk lalu menunggu tuan rumah membuka pintu.Setelah beberapa minit,pintu rumah dibuka oleh seorang gadis sambil tersenyum gembira.

"Taehyung..maaflah susahkan awak hantar makanan pagi ni..awak tahu kan sejak akhir-akhir ni saya selalu sakit dekat bahagian perut ni.."Kata gadis itu lalu mengambil huluran plastik makanan dari tangan Taehyung.

"Tak apa Jina..Saya faham..saya nak pergi sekolah ni..apa-apa call  saya.."

"Exam dah habis kan? kenapa pergi sekolah lagi?"

"Cikgu cakap dia nak buat perjumpaan terakhir dengan pelajar senior sebab tu Saya kena pergi sekolah lagi.."

"Jadi itu bermakna..awak akan jumpa Aeyoung lah?"

Pertanyaan Jina hanya dibalas dengan anggukan kecil sebelum berura-ura untuk beredar.

"Taehyung..Saya dah cakap kan..awak tak boleh jumpa dia lagi.."kata Jina lagi menyebabkan langkah Taehyung terhenti.Lelaki itu kembali berpusing menghadap Jina dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Saya tak pernah setuju untiuk dengar cakap awak tentang itu dan saya tak akan sesekali berhenti dari berjumpa dengan Aeyoung sebab–"

"Awak masih sukakan dia?macam tu?"balasan Jina membuatkan Taehyung sekadar mendiamkan diri lalu melangkah pergi.Panggilan dari Jina langsung tidak diendahkan dan terus mempercepatkan langkahnya takut terlewat untuk menghadiri perjumpaan tersebut.

.
.
.
.
.

"Yoo..aku bosanlah..kenapa perlu ada perjumpaan senior apa bagai ni?aku dah rancang nak lepak dengan abang aku kat rumah sambil main PS4 .."Rungut Aeyoung sambil memeluk lengan Yoojung lalu melentokkan kepalanya di bahu kawan baiknya.

"Kau ni.. memang adat sekolah Kita kan setiap tahun..rileklah sis.."

"Aloha Jeon Aeyoung!"Teguran seseorang menyebabkan Aeyoung serta Yoojung mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu.

"Kau nak apa?"Soal Aeyoung.Tangannya yang elok memeluk lengan Yoojung serta merta terlepas disebabkan oleh tindakan Jungkook menarik lengannya dan membawanya pergi dari Yoojung.

"Yoo..aku pinjam Aeyoung kejap!"

"Habis perjumpaan tu?"

"Sekejap saja!"

Balasan dari Jungkook membuatkan Yoojung menggeleng kepala perlahan.Jungkook ni ada sahaja idea dalam fikiran dia itu.

"Eh Jung?kau nak bawa aku pergi mana ni?"Soal Aeyoung sambil tangannya digenggam kemas lelaki itu.

"Ikut je.."Jawapan ringkas dari Jungkook menyebabkan dahi Aeyoung berkerut.

Gadis itu sekadar menuruti langkah Jungkook sehingga mereka tiba di hadapan kelas tahanan disiplin.Jungkook terus menarik Aeyoung masuk ke dalam bilik tersebut memandangkan bilik itu tidak berkunci.

"Weh..kenapa tarik aku masuk dalam bilik ni?aku buat salah apa?"Aeyoung menyoal dengan perasaan gelisah.Dah habis sekolah kan?Salah apa pula dia buat?

"Banyak kesalahan kau buat..salah satunya..kau nampak meja tu.."

Pertanyaan Jungkook membuatkan Aeyoung menoleh kearah tempat yang ditunjukkan lelaki itu.Aeyoung berdiam sebelum dapat menangkap maksud Jungkook yang sebenar.

"Meja tu..Kita pernah kena denda lepastu kau..aku taknak sambung..jadi apa sebenarnya kau nak cakap?"Aeyoung terus menukar topik sebaik peristiwa itu mulai menerjah fikirannya.

"Kau tahu tak kesalahan kau apa?"

"Tak.."

"Kesalahan kau adalah kau mencuri.."

"Okey tak payah sambung..kau tahu tak pikatline tu dah lama?yang unik sikit takde ke?"

"Bukannya curi hati..tapi kau tercuri pen aku..kau kan pinjam pen aku haritu..sampai sekarang tak pulangkan balik.."

Balasan dari Jungkook membuatkan Aeyoung termalu sendiri.Bahu lelaki itu ditampar sekilas sebelum dia mulai melangkah meninggalkan Jungkook.

Baru beberapa tapak, Jungkook sempat menarik lengannya membuatkan langkah gadis itu terhenti.Aeyoung menoleh sambil kening kirinya dijungkitkan.

"Aku gurau jelah..kau memang dah curi hati aku pun sejak kejadian tu..kau ni cepat saja nak merajuk.Manja betul.."Kata Jungkook sebelum menjentik dahi Aeyoung perlahan.

Aeyoung hanya mendiamkan diri.Terkedu tambah malu pun ada.Tapi dia tidak mahu tunjukkan sangat.Nanti nampak sangat macam dia dah jatuh dengan kata-kata manis Jungkook.

"Playboy memang sweet talker macam ni ke?"

"Mana ada..ni kali pertama tahu..hanya untuk Aeyoung..uhuuyeah."

"Perhatian kepada semua pelajar senior yang sudah habis exam.Cikgu nak buat perjumpaan dekat Dewan sekarang.Tolong cepat sikit ya?nak dating ke apa..nanti jelah okey."

"Jomlah pergi Dewan..cikgu Jong Kook sudah memanggil."Kata Aeyoung lalu berjalan keluar dari bilik tersebut.

Jungkook mengangguk sebelum menyamakan langkahnya dan mengenggam kemas jemari gadis itu sambil berjalan beriringan bersama menuju ke arah dewan.

"Jung.. Junior tengok lah.."

"Biarlah..saja nak riak sikit."

Tbc.❤

A/n:Happy ending or sad ending?ayat terabur we🐇

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now