23❤

243 38 7
                                    

"Second chance for our friendship?can it heal my heart?"

_________________

Taehyung berhenti di lampu isyarat apabila isyarat merah pejalan kaki masih menyala.Dari jauh,dia ternampak susuk tubuh seseorang berdiri menghadapnya di seberang jalan.

Apabila lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau,Taehyung pantas berjalan ke arah gadis itu dan lantas tangan gadis itu ditarik ke arah bertentangan.

"Eh..apa main tarik-tarik ni?awak siapa?janga-"

"Diam Aeyoung..ikut aku." Arah Taehyung sambil tangannya memegang erat tangan gadis tersebut.

"Eo?Tae-"

Aeyoung tidak membantah sebaliknya hanya menurut.Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatinya tidak menolak.Walhal,dia masih geram dan kecewa lagi dengan kawan baiknya itu.

Mereka berdua duduk di satu bangku yang terletak di tepi Sungai Han.Tangan Taehyung masih lagi setia memegang tangan Aeyoung.

"Tae..lepas.."

"Huh?lepas?" Soal Taehyung dengan riak tidak bersalah.

"Tangan..aku.." Aeyoung menjeling tangan mereka berdua.

"Taknak,nanti kau sesat.."

Pegangan Taehyung bertambah erat sebelum Aeyoung mencubit tangan lelaki itu.Taehyung mengaduh kesakitan.

"Okey..aku lepas..janganlah cubit.Sakit tahu tak macam sepit ketam tangan kau ni.." Taehyung menggosok-gosok tempat yang dicubit sambil mencebik.

Suasana bertukar krik krik sebelum Taehyung mula membuka suara bertanya soalan.

"Kau marahkan aku lagi?" Soal Taehyung lembut sambil menunduk.Tak berani melihat wajah Aeyoung. Rasa bersalah menyelubungi diri.

"Kau rasa?mudah tak untuk memaafkan orang yang paling kau sayang sangat tapi dia kata kau khianati dia.Mudah ke?"balas Aeyoung dengan nada yang kecewa.Suaranya mula bergetar menandakan empangan air matanya akan pecah bila-bila masa.

Taehyung terdiam sejenak.Dia tahu ianya bukan mudah lebih-lebih lagi ia melibatkan orang yang kita sayang.Dia mengeluh halus.

" Aku minta maaf.."cukup tiga patah perkataan yang keluar dari mulut Taehyung membuatkan Aeyoung terasa sebak tiba-tiba.

"Aku tahu yang tak sepatutnya aku tuduh kau macam tu..se..sebab aku takut..Aeyoung kau tahu aku sayangkan kau kan?sebab tu aku taknak kehilangan kau macam mana aku kehilangan omma aku.." Sambung Taehyung lagi dan pandangan dibawa ke depan memandang suasana Sungai Han.

'Aku pun sayangkan kau..tapi bukan sekadar sahabat malahan lebih lagi.Aku cintakan kau..'

Kata-kata itu hanya boleh diluahkan sekadar di dalam hati tapi bukan diluahkan secara lisan.

"Aku..minta maaf juga..lupakan hal ni ok?" Akhirnya Aeyoung mengalah.Dia tidak sanggup persahabatan mereka tergantung sepi.

Ego..ego akan musnahkan segalanya.

"Betul ke??" Soal Taehyung teruja sambil tersenyum petak.

"Ya.."

"Jadi..boleh tak kalau kau bagi peluang kedua untuk aku?"

"Untuk apa?" Soal Aeyoung semula.Dahinya berkerut.

"Peluang untuk kau terima aku bukan sebagai Youngie kawan baik Tae..tapi sebagai Jeon Aeyoung pujaan hati Kim Taehyung.."

Tangan kanan Aeyoung diraih ke dadanya.Matanya tepat memandang ke dalam anak mata hazel Aeyoung.

"A..apa maksud kau?kau demam ke ni?"Aeyoung cuba melekapkan tangan kirinya ke dahi Taehyung tetapi lelaki itu terlebih dahulu menepis lembut.

" Sekarang..aku dah jumpa jawapan yang sebenar..aku dah tahu apa perasaan aku terhadap kau..Aku..cintakan kau Aeyoung.. Perasaan aku untuk kau bukan untuk Jina."

Aeyoung terkaku.Adakah impiannya untuk menjadi heroin Taehyung menjadi kenyataan?

"Aku.."

"Tak perlu jawab.Aku tahu.." Taehyung tersenyum sebelum bibir Aeyoung menjadi tempat ciumannya.

Lama mereka begitu tanpa menyedari seseorang sedang memerhati dari jauh.

Orang itu mengeluarkan telefon dari poketnya dan mengambil beberapa gambar Taehyung dan Aeyoung.

"Misi aku akan selesai selepas ini.."

TBC.❤

A/n:first time saya buat scene macam tu.Maaf ye kalau hambar..huhuhu..(‘∀’●)♡

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now