47❤[semi-final]

268 28 0
                                    


Aeyoung yang baru hendak tidur,terus terjaga semula apabila suatu notifikasi mesej berbunyi.

Terus dia mengambil telefonnya yang terletak di atas meja sisi katil. Ruangan mesej terus dibuka tanpa melihat nama si penghantar.

Tae tarik

Aku ada dekat depan rumah kau.

Membulat terus mata Aeyoung dek kerana terkejut. Angka jam sudah menunjukkan tepat jam 12 malam. Sudah larut malam dan sekarang lelaki itu ada di depan rumahnya?

Aeyoung terus berjalan ke arah tingkap dan menyelak sedikit langsir. Ternyata,memang lelaki itu sedang menunggunya di hadapan pintu pagarnya dalam keadaan cuaca yang sejuk.

Baju kot tebal diambil dan Aeyoung membuka pintu rumahnya perlahan. Tidak mahu mengejutkan ahli keluarganya yang lain.

Pintu pagar kecil dibuka. Perlahan sahaja langkahnya untuk pergi berhadapan dengan lelaki itu.

"Eo? Aeyoung..Annyeong.."Ujarnya dengan suara persis orang mengantuk.

"Kenapa kau datang? Dah larut malam ni kan? "Tanya Aeyoung tanpa berbasa basi. Pelik juga tiba-tiba sahaja lelaki ini muncul di hadapan rumahnya.

Teringat sewaktu di Pulau Jeju, Taehyung langsung tidak menegurnya.Selalu sahaja, Aeyoung melihatnya bersama si Jina seperti belangkas.

"A-aku.. Nak minta maaf..untuk semuanya. Sebelum ni aku cuba untuk tegur kau tapi tiada kesempatan."Jujur Taehyung.

Aeyoung terdiam membiarkan sahaja Taehyung berbicara dahulu. Dia menunggu lagi apa yang hendak dikatakan lelaki itu.

"Akhirnya aku tahu perangai Jina yang sebenar. Sebelum ni,Jungkook pernah beritahu aku tentang Jina tapi aku tak percaya sebab dibutakan oleh penipuan dia. Aku sedar yang rupanya selama ini, aku cuma simpati akan dia dan bukan rasa cinta atau sayang."

Taehyung berhenti seketika dan mengeluh kecil.Dia memandang Aeyoung yang dari tadi tidak mengeluarkan sebarang suara sebelum kembali menyambung bicaranya.

"Disebabkan rasa simpati yang berlebihan ni, aku terus abaikan kau,sakitkan hati kau dan paling teruk,aku tipu diri aku sendiri. "

Kenyataan Taehyung itu membuatkan hati Aeyoung terasa sebak.Ya,memang apa yang dilakukan oleh Taehyung sebelum ini amat menyakitkan hatinya.Tetapi,dia masih sabar menunggu Taehyung dalam diam.

Taehyung melangkah ke arah Aeyoung dan terus memeluknya.Dia mahu meluahkan semua yang sudah dipendamnya selama ini.

Aeyoung membiarkan sahaja tindakan Taehyung tanpa membalas kembali pelukannya.

"Aku tipu diri aku dan juga kau. Aku cakap yang semua luahan hati aku di Pulau Jeju tu tipu. Tapi, tidak. Aku memang betul-betul maksudkannya Aeyoung. Aku minta maaf Aeyoung.. A-aku.. betul cintakan kau
Aeyoung.. "

Air mata yang disimpan akhirnya meletus juga. Dia betul-betul menyesal dengan semua perbuatan yang telah banyak melukakan hati Aeyoung.

"Kalau kau nak hukum aku,nak pukul aku.. Buat saja. Aku rela asalkan kau maafkan aku. Aku betul-betul menyesal Aeyoung. "

Usai itu, Taehyung terus menangis teresak-esak.Aeyoung turut mengalirkan air mata. Walaupun hati dia sakit dengan semua perbuatan Taehyung ,tetapi tidak bermaksud dia simpan dendam dengan lelaki itu. Hati dia makin sakit melihat Taehyung menangis teruk kerana dirinya.

Ini adalah kali kedua,lelaki itu menangis dengan teruk setelah yang pertama adalah kerana ditinggalkan oleh ibunya. Kini, kerana dirinya pula. Lantas pelukan dibalas kembali tetapi lebih erat.

"shh.. Shh.. Jangan nangis dah.. Aku dah lama maafkan kau. Aku dah sedia untuk terima dengan hati yang terbuka jika aku bukan heroin pilihan hati kau. "

Pujuk Aeyoung sambil menepuk-nepuk belakang badan Taehyung untuk meredakan tangisannya.

Taehyung melepaskan pelukan lalu memandang Aeyoung dengan mata yang merah akibat banyak menangis.

"Kau akan selalu jadi heroin aku. Tidak kira di dunia ini atau dunia yang seterusnya. Kau saja yang layak jadi heroin Kim Taehyung.arrasso?"

Aeyoung tergelak kecil selepas mendengar kata-kata Taehyung.Air mata yang masih ada di pipi lelaki itu dilap menggunakan jemarinya. Taehyung hanya membiarkan.

"Kau pun.. Aku nak kau saja yang jadi hero aku. Taknak orang lain. "

"Aip-aip Kapten Aeyoung..Jadi, sekarang kau setuju nak pakai ni? "Soal Taehyung lalu mengeluarkan sebuah kotak dan membukanya.

"Apa ni? Cincin? "

"Ya. Cincin ni untuk menunjukkan kau hak milik Kim Taehyung dan lagi satu lagi untuk aku yang menunjukkan aku ni hak milik Jeon Aeyoung ."Kata Taehyung lantas menyarungkan cincin tersebut di jari manis Aeyoung.

"Amboi, belum kahwin lagi. "Jawab Aeyoung lalu tergelak kecil.

"Ini cop rasmi. Jadi jangan tanggalkannya.Faham?"

"Yeppuda...Thanks Tae. "

"Most welcome,Youngie."

TbC.

P/s:cincin di media.

A/n:Akhirnya nak tamat juga. Tunggu final chapter tau!

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now