29❤

215 32 2
                                    

Aeyoung ke sekolah seperti biasa.Masuk sahaja ke kelas kawan baiknya terus menyapa.

"Eyoo! Aeyoung..nanti rehat kita lepak tempat biasa erk?"Yoojung memeluk leher Aeyoung yang sedikit rendah darinya.

Aeyoung sekadar tersenyum dan mengangguk.Tempat duduk Jina dikerling sekilas.Kosong.Tetapi,buku berwarna merah hati ada di bawah laci meja gadis tersebut.

Dia mahu mengambilnya tetapi dia batalkan sahaja niatnya.Kata Jungkook hari itu,Jina dan Taehyung berpisah gara-gara Jungkook menunjukkan buku tersebut kepada Taehyung.

"Yoo..kenapa Jina tak datang sekolah?dia masuk hospital ke?"Soal Aeyoung seraya duduk di sebelah Yoojung.

"Hmm..Tak silap aku rasanya ya..tapi aku tak pasti dia sakit apa..kenapa tanya? baguslah dia masuk hospital.Takdelah dia asyik tergedik kacau Taehyung minta get back semula."

"Tapi Yoo..aku kesian kan dia..dia takde sesiapa dah."

Yoojung memusingkan badannya menghadap Aeyoung dan memandang wajah kawannya dengan penuh tanda tanya.

"Maksud kau dia takde family?are you kidding meh?"

Aeyoung mengangguk lemah sebelum dia berjalan ke tempat duduk asalnya bersebelahan dengan Soobin yang pendiam.

____________

"Jungkook!"Terjerit-jerit Aeyoung memanggil lelaki itu.

Sejak luahan hati yang jawapannya tergantung sepi, Aeyoung melihat Jungkook seolah mahu menjauhkan diri darinya.

Gadis itu terus berlari sehingga dia dapat mencapai lengan sasa Jungkook.

Lelaki itu berhenti sebelum memandang Aeyoung dengan kening dijungkitkan sebelah.

"Yah!kau marahkan aku ke?"Tanya Aeyoung selepas melepaskan pegangannya dari lengan Jungkook.

Lelaki itu sekadar mendiamkan diri.Langsung tidak memandang wajah Aeyoung.Gadis itu mengeluh kecil.

"Kalau kau marahkan aku..aku minta maaf.Aku-"

"Aku faham Aeyoung..kadang tidak semua yang kita sayang akan jadi milik kita.Aku tak marahkan kau..aku marahkan diri aku sendiri..sebab sukakan orang yang tak pernah sayangkan aku.."

"Hish..apa cakap macamtu..aku sayang kau.. tapi sayang aku dekat kau Tak boleh lebih dari sekadar kawan..maafkan aku Jung.."Aeyoung menunduk taktala melihat riak wajah Jungkook bertukar mendung.

Dia tertanya.Lelaki itu memang benar sayangkannya?

"Terima kasih sebab sayangkan aku walaupun sekadar kawan.Aku rasa gembira sedikit.Petang ni jom keluar..Ada banyak benda yang perlu kau tahu.."

Aeyoung mengangguk setuju.Lantas,gadis itu menuju ke arah Taehyung yang baru keluar dari kelasnya untuk balik bersama.

"Aeyoung..kenapa kau sungguh naif?kau masih tidak sedar tentang perasaan Taehyung yang sebenarnya terhadap kau..lebih baik aku rahsiakan buat masa sekarang.Aku taknak Aeyoung sakit hati lagi."

Tbc.❤

A/n:Saya nak bagi hint tentang keadaan ending dia.Tunggu okey.

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now