؛ ٢ ؛

5.3K 904 1.4K
                                    

« CHAPTER 2 : RUN »

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

« CHAPTER 2 : RUN »

°°°°°°


           "Aku dengar cerita kau lesbian. Apa kata kau layan kiteorang berempat, kita tengok kau yang terpesong ni boleh kembali ke jalan yang benar tak ?"


           "Apa yang korang merepekkan ㅡ Jangan sentuh aku !" jerit gadis itu apabila tapak tangan lelaki yang bercakap tadi itu mulai menarik bajunya.

           "Alah, jangan malu - malu ! Kau cubalah rasa sekali, mesti nak lagi."

        "Kau fikir ni iklan roti gardenia ke ?! Lepaslah, aku nak balik !"

         Gadis itu meronta, cuba menarik lengannya dari cengkaman rakan - rakan lelaki itu.

       Namun kudratnya tiada apa jika hendak dibandingkan dengan kudrat lima lelaki yang mengelilinginya itu.

        Tiba - tiba lelaki yang bercakap tadi memeluk tubuh kecil itu, tersenyum penuh makna.

         "Tak apa, jangan risau. Lepas rasa, kiteorang mesti bayar punya. Berapa kau nak ? Seringgit ? Dua ringgit ?"

          Merasa maruahnya semakin tercalar, sang gadis pun menghantukkan kepalanya pada wajah yang buat dia meluat itu hingga hidung lelaki itu berdarah.

           Rakan - rakannya yang lain membulatkan mata dan berniat mahu menolong apabila melihat rakan mereka itu terjatuh, namun tanpa sedar mereka melepaskan cengkaman mereka pada gadis itu.


         Melihat kesempatan yang ada, terus saja kaki itu berlari menjauh dari lorong yang berhampiran dengan sekolahnya itu.

        Niatnya ingin kembali ke pondok pengawal sekolah dan meminta bantuan namun kepalanya yang sedikit pening buat dia terjatuh bersimpuh tepat ditengah jalan raya.

            Dia yakin dia nyaris dilanggar namun hanya bunyi brek yang ditekan kuat lah yang kedengaran.

           Menoleh ke belakang, dia dapat melihat sekumpulan budak lelaki dari sekolahnya itu sedang menuju ke arahnya.

          Dia takkan sempat sampai ke pondok pengawal. Dia tahu itu.

---------

          "Cium tapak kaki aku."

          Iris redup sekelam malam itu merenung wajah pucat yang sedang berlutut dihadapannya itu dengan raut wajah tidak berminat.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now