؛ ٣٦ ؛

2.8K 624 1.1K
                                    

[ Open Up ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Open Up ]

_______

"Tak payahlah pergi kerjaaa ~"

V memutarkan mata namun tanpa dapat ditahan tersenyum apabila Elys sudah merengek, berguling diatas katil selama 20 minit.

Dari V dalam bilik air, keluar dan memakai pakaian hinggalah sedang mencari beg kerja yang entah dimana dia campak.

"Hm ? Kenapa pula ? Kerja tu penting."

Elys menyedut hingus yang sudah macam air terjun mahu keluar dari kedua lubang hidung kecilnya. Matanya berair kerana panas dalam dan pipinya sudah memerah akibat demam.

"Tapi Elys lagi penting kan ? Kan ? Kan ? Tak percaya tanya Bwi !" ujar Elys penuh percaya diri dengan suara sengaunya.

V menghelakan nafas namun tidak membalas, lebih memilih memakai jam tangannya, mengabaikan Elys yang nampaknya akan menjadi sangat manja ketika sakit.

Irisnya menjeling Elys yang sudah mengikat rambut panjangnya dengan malas, berusaha untuk bangun namun nampaknya kaki tak bagi kerjasama.

Dia kembali jatuh dengan muka tersembam ke katil, merengek apabila merasa rimas dengan rasa panas dan selsema serta batuknya.

"V pergi kerja dulu~"

V pura - pura berkata begitu, hingga buat Elys yang wajah masih terbenam dipermukaan empuk katil semakin merengek dan menghentak kakinya.

Elys yang menyangka V sudah berangkat ke tempat kerja kerana kedengaran pintu terbuka dan tertutup pun menumbuk tilam.

"Burung puyuh masak lemak cili api ! Sayap lagi hitam dari bontot kuali ! Muka saja hensem tapi perangai minta kaki ! Orang tengah sakit dia boleh pergi ? Apa jenis laki ? Kalau dia sakit aku jaga hampir mati ? Tapi aku dia boleh tak peduli ?"

Elys terdiam apabila sedar yang telah buat satu pantun yang berirama "i" dihujungnya. Efek budak pandai dah lama tak ke sekolah, jadi terkeluar kepandaiannya tanpa sengaja.

Elys menghelakan nafas dan mengangkat wajah dari atas tilam, ingin menyeret tubuh menuju ke bilik air dan membersihkan diri.

"HUWAAAA !"

BRUK !

Elys jatuh dari katil apabila V tiba - tiba muncul dihadapannya dengan wajah tanpa mata, hidung dan mulut. Kosong.

"Kepala otak kau buat orang demam sebab terkejut, bertambah terkejut macam ni ?! Nak aku mati ke ?!"

Elys menutup matanya, merasakan pening dikepalanya semakin mendera, namun dia dayakan juga untuk menjerit ke arah V yang begitu kejam sedang ketawa terbahak - bahak diatas katil.

V menghulurkan tangan ke arag Elys, masih ketawa jahat buat Elys menjeling ke arahnya begitu tajam. Namun jangan fikir si V ni saja yang licik, gadis ini lebih licik.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now