؛ ١٠ ؛

4.2K 756 1.1K
                                    

[ Music -  BTS : 00 : 00 ( Zero O'clock ) Lewis Capaldi : Befor You Go ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Music -  BTS : 00 : 00 ( Zero O'clock )
Lewis Capaldi : Befor You Go ]

[ GUILTY ]

°°°°°°

             "Dylan ?"

         Tiada sahutan, hanya deru nafas yang kedengaran. Dimalam yang hening, hamparan langit yang kosong tanpa kehadiran bintang yang menghiasi.

         "Kalau dia ada, mungkin sekarang Dy dengan dia tengah borak sambil tengok langit malam.."

        Elise mengigit bibirnya, menatap bahu lebar milik Dylan yang langsung tidak menoleh ke arahnya.

        Jika kalian fikir, kehilangan cinta dan kekasih lebih menyakitkan.. maka kalian salah. Kehilangan seorang rakan baik yang menemani kehidupan kau sejak kau masih tidak mengenal erti dunia ialah yang paling menyakitkan.

        "Dy.. kita kena teruskan hidup.. V mungkin tak suka kalau tengok Dy sedih dan suka salahkan diri sendiri macamni.."

         Elise menutup pintu bilik tidak mahu perbualan mereka didengari oleh para hyung dan anak mereka yang sudah tidur.

          Kakinya melangkah menghampiri Dylan yang sedang duduk dibirai katil. Inilah yang selalu Dylan lakukan setiap malam setelah kejadian yang hampir buat Dylan nyaris gila itu.

        Lelaki itu akan memasuki bilik V yang sunyi, dingin kerana tiada lagi sang penghuni. Duduk dibirai katil sambil mengenggam erat baju milik V, melampiaskan rindu pada rakan baiknya itu.

        Elise tahu, walaupun Dylan tidak tunjukkan perasaanya yang sebenar. Tapi dia tahu apa yang lelaki itu rasakan. Dylan Xavier cuma pura - pura kuat kerana Elise dan kehadiran anak mereka yang baru dilahirkan.

         Elise menarik kepala Dylan hingga jatuh ke atas bahunya. Jemarinya mengenggam jemari Dylan yang mencengkam erat baju milik V.

         "Rindu sangat.. Selalunya dia merengek Dydy itu Dydy ini... Mungkin ini semua salah Dy kan, Eli ?"

          Elise dengan pantas mengeleng. Dalam hati, Elise juga rindukan V yang selalu memanggilnya Kitty.

        Kehadiran lelaki itu bagai pelengkap hubungan mereka. Lelaki itu yang menyatukan mereka berdua, membantu mereka ketika hubungan mereka dalam masalah.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now