؛ ١٧ ؛

3.9K 631 364
                                    

[ Her Duality ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Her Duality ]

_________

"Aku dah kata, jangan kasar - kasar. Kan pinggang dah tergeliat. Dah tua tu buat cara tua."

Daniel hanya berdehem dan meringis sakit apabila Elys memicit pinggangnya terlalu kuat. Lelaki itu merasakan pipinya memerah kerana sungguh perkara ini amat memalukan.

Baru nak pusingan kedua boleh pula tergeliat. Terkejut juga Elys ketika Daniel tiba - tiba rebah dengan tangan memegang pinggangnya.

Elys melipat lengan baju kemeja Daniel yang dipakainya, mula merasa rimas. Dia meniup helaian rambut yang jatuh ke dahi, sudah bercekak pinggang sambil melihat Daniel yang cuba memusingkan tubuh, telentangkan badan.

Daniel mengerling ke arah Elys yang sudah mengangkat kening. Rambut keduanya sudah seperti sarang tebuan, wajah yang masih memerah dan nafas yang masih tidak cukup memenuhi peparu.

Daniel yang hanya memakai seluar slacknya manakala Elys yang hanya memakai kemeja hitam milik Daniel. Tak lama kemudian keduanya ketawa terbahak - bahak kerana tidak menyangka suasana tegang tadi kini bertukar menjadi babak komedi seperti ini.

Elys melepuk muka Daniel dengan bantal dan turun dari katil. Dia mengikat rambut panjangnya menggunakan getah sayur yang dia ambil dari dapur semalam, mengikatnya tinggi.

"Aku nak pergi buat makan tengah hari. Kau tenangkan pinggang kau tu. Kelakar betul lah orang tua ni."

Elys cepat - cepat keluar dari bilik tidur Daniel itu apabila Daniel sudah menjegilkan mata ke arahnya.

Langkah kaki Elys yang sedang menuruni tangga perlahan terhenti apabila terdengar bunyi tapak kaki seseorang.

Dahinya berkerut, setahunya Jimin tidak pula beritahu mahu singgah ke rumah ini. Jadi bunyi tapak kaki itu milik siapa ?

Toyol ?

Elys membulatkan mata dan cuba melangkah tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Dia mengangkat kening apabila sedar bunyi itu datang dari arah bilik kerja Daniel yang berada di samping tangga.

Pintu bilik itu terbuka, dan tanpa membuang masa Elys segera mengintai dari balik celah pintu untuk melihat pemilik bagi bunyi tapak kaki itu.

Cuba menajamkan penglihatannya, dan Elys dapat melihat dengan jelas seorang lelaki sedang menyelongkar laci meja kerja milik Daniel.

'Pencuri !' bisik hati Elys.

Elys yang terkejut tanpa sedar tertolak pintu itu hingga kedengaran kuat bunyi engsel pintu yang terbuka. Wajah Elys sudah pucat apabila lelaki itu berhenti menyelongkar seakan sudah sedar kehadiran Elys.

Elys yang panik mahu melarikan diri namun lelaki itu dengan segera berlari dan menarik lengan gadis itu masuk ke dalam bilik kerja Daniel lalu pintu itu ditutup rapat.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now