؛ ٤٧ ؛

2.3K 550 1.1K
                                    

[ Space For Other ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Space For Other ]

__________

Kain dia celupkan ke dalam sebuah besen yang berisi air hangat. Lalu perlahan dia keluarkan dan diperah hingga kain itu menjadi sedikit kering.

Dengan hati - hati dia mengusap kain itu pada permukaan dahi lelaki itu, membersihkan wajah itu agar lelaki itu selesa dibuai mimpi.

Semua itu dia lakukan dalam diam. Hanya bunyi perahan kain lah yang kedengaran. Wajah, leher tapak tangan dan kaki dia lap agar bersih dan tidak belengas.

Namun nampaknya bunyi perahan kain itu kini diiringan dengan sebuah bunyi lirih.

"Hiks.."

Jemari itu tetap setia melakukan kerjanya walaupun tubuh separuh mengigil menahan esakan. Hinggalah selesai semuanya, gadis itu bangun membawa besen air menuju ke bilik air.

Dia meletakkan besen disamping sinki lalu kedua tangannya meremas sisi sinki, menahan beban tubuh. Air paip yang mengalir bercampur dengan titisan air yang jatuh tanpa izin dari iris indah itu.

V sudah tidak sakit lagi. Dia boleh sentuh perempuan lain sekarang ini.

Dan kenyataan bahawa dia kini bukan satu - satunya perempuan atau yang terakhir bakal V sentuh seakan mengoyak perlahan hatinya.

V tidak terima dia dan ingin dia segera pergi dengan alasan dia takkan terima sesiapa selain Dylan tapi kenapa lelaki itu kini biarkan Ceci masuk ke lingkaran hidupnya ?

Katalah dia emosional atau apa kerana mungkin Ceci dan V tiada apapun sebenarnya, kakaknya itu hanya membawa V pulang sebab mabuk.

Ceci tiada niat buruk. Kalau ada mungkin dia telah bawa V ke mana - mana hotel.

Tapi bukan itu yang buat hatinya sakit. Tapi kerana V sendiri berkata dia jijik dengan perempuan namun dia kini dengan mudah mengecup leher kakaknya seakan dia telah memberi ruang dan izin pada Ceci.

Dia fikir... semuanya akan baik - baik saja. V akan kembali melayannya seperti biasa jika dia tetap berdegil mahu berada disisinya namun nampaknya lelaki itu tidak pedulipun jika dia masih disini atau tidak.

Lelaki itu.. tidak peduli pada perasannnya.

___________

"Vㅡ"

"Bukan sekarang, Elys. Nanti."

"Tak!"

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now