؛ ١٢ ؛

3.6K 657 501
                                    

[ ANOTHER HIM ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ ANOTHER HIM ]

°°°°

      "Baik kau lepaskan tangan kau sebelum aku kerat."

       Suara bernada berat itu mengusik lena gadis yang sedang lena diulit mimpi. Namun bukannya membuka mata, gadis itu hanya mengabaikan. Tidurnya lebih penting.

       "Dalam kiraan tiga kau tak bergerak, bersiap sedia untuk jadi makanan anjing aku."

        Terganggu kerana suara itu mengeram buas bak serigala kelaparan, Elys mengerutkan dahi dan berdengus. Perlahan tanpa rela dia melepaskan bantal peluk bercakapnya dan bergelung ke dalam selimut.

         "Satu, kau sentuh aku tanpa izin. Dua, kau berdengus melawan cakap aku. Tiga, kau tidur atas katil aku. Kau memang seronok kena seksa atau apa ? Ketagih kena siat ke ?"

         Elys cuba melawan rasa mengantuknya dan mengingat kembali siapakah pemilik suara berat yang kata - katanya hanya berisikan nada dominasi dan psiko ㅡ

         Daniel..

          Tubuh Elys kaku, langsung tidak bergerak seinci pun setelah nama lelaki itu melintas difikirannya. Jadi benda hangat yang dia peluk tadi... Daniel ?

         Tapi macam mana pula ?

         "Betul - betul dah melampau ㅡ"

          "K..Kau yang paksa aku... Bwi.."

           Suara lirihan Elys itu buat Daniel yang sudah bersiap sedia mahu merentap selimut yang menyelubungi tubuh gadis itu terhenti.

          "Bwi ?"

          Elys yang teringat kejadian semalam pun beranikan diri menyelak selimut dan berhadapan dengan Daniel yang merenung wajahnya tajam.

          Hilang sudah raut kekanakkan dan senyuman kotak yang tersangat ceria yang sempat terpapar diwajah tampan itu. Kembali sudah raut dingin dan aura membunuh seorang Daniel V.

         Dan semua ini buat kepala Elys semakin sakit kerana sungguh, Daniel ini mental atau apa ?

        "Ya, Bwi. Kau merengek nak makan dengan aku, merengek tak mahu lepaskan pelukan dan nak tidur sambil peluk aku. Merengek nak kena dodoikan dan nyanyi lagi Didi and Friends, Nak Tidur Mana.. Merengek nak kena usap kepalaㅡ"

       Leher baju Elys dicengkam hingga membuat Elys hampir tercekik dan apabila dia menatap Daniel tepat dimata, baru dia sedar rahang lelaki itu sudah bergelemutuk dan urat leher lelaki itu timbul.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now