؛ ٢٤ ؛

3.2K 622 619
                                    

[ Behind The Mask ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Behind The Mask ]

________

"Jadi kalau kau bukan setan, kau apa ? Burung ? Ayam ? Penguin ? Walaupun penguin tu sejenis burung tapi dia tak ada sayap tapi kategori burung juga."

Mendengar bebelan Elys itu, Daniel sengaja mengacah mahu melebarkan sayapnya hingga Elys segera menutup mulut dan matanya, masih takut.

Setelah kejadian Elys yang terkejut kerana Daniel yang muncul tiba - tiba dibelakangnya dengan keadaan bersayap, nyaris saja Elys terjun dari balkoni kalau Daniel tak segera merengkuh pinggangnya.

Daniel memaksa Elys untuk bertenang dan mencampak gadis itu hingga terbaring diatas katil lalu mengulung tubuh itu dengan selimut hingga Elys sudah seperti London Choco Roll.

Elys cuba mendudukkan diri namun sekuat manapun usahanya, dia hanya mampu mengeliat bak cacing diatas katil kerana Daniel betul - betul membedungnya bagai bayi.

Daniel membantu Elys untuk duduk, menyelak helaian rambut yang jatuh menutupi wajah gadis itu dan terpapar lah wajah bengang Elys yang memandangnya tidak puas hati.

"Aku dapat apa kalau aku jawab soalan kau ?"

Elys memutarkan matanya. Dasar taetan semua benda nak kena ada balasan tak boleh ke kalau ikhlaskan saja.

"Daniel boleh buat apa saja dekat Elys dua hari akan datang."

Kening Daniel terangkat namun sudut bibirnya naik membentuk sebuah senyuman misteri apabila mendengar itu. Elys mengalihkan pandangannya apabila iris merah Daniel merenung wajahnya.

Alahai sepatutnya dia takut tapi apehal iris merah Daniel ni menambahkan lagi aura menggoda lelaki ni ? Gila ke apa ?

Dan lelaki itu yang duduk dihadapannya tanpa memakai baju bagai memburukkan lagi keadaan hati Elys.

Elys nyaris menjerit apabila Daniel tiba - tiba mengepakkan sayapnya, ketara sekali lelaki itu tidak sabar mahu hari dimana dia dapat melakukan apa saja pada Elys tiba.

"WOU BURUNG KALAU NAK MENGEPAK TU BAGI LAH SIGNAL DULU YA TUHAN JANTUNG AKU !" jerkah Elys lalu berguling menjauh dari Daniel, mahu meredakan jantungnya yang sakit kerana terlalu terkejut.

"Aku bukan burung. Aku tak tahu aku ni apa tapi Ravean kata aku kelahiran semula Hades."

Elys hanya menghelakan nafas, tidak memusingkan tubuh menghadap Daniel kerana dia takut tak dapat kawal degupan jantungnya.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now