؛ ٤٦ ؛

2.5K 564 1.3K
                                    

[ I Hate This, and You ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ I Hate This, and You ]

_____________

V meletakkan beg kerjanya diatas meja dan terus duduk. Dia bersandar pada kerusi kerjanya, mata terkatup rapat. Entah kenapa dia terasa sangat penat.

Semuanya.

Bagaimana dia terlalu larut dalam emosi hingga segalanya menjadi berat baginya. Jika saja dia mengikut pesan ayahnya.

'Emosi, nafsu dan mengikut kehendak diri dengan berlebihan lah yang buat Underworld dipenuhi manusia, V. Semuanya begitu rakus mengejar kepuasan diri hingga tanpa sedar terjerat dengan hasutan yang membawa diri ke arah kesengsaraan didunia kita yang kekal ni.'

Perasaan yang dia rasakan ini. Dia terlalu lena dalam mengejar cinta seseorang. Sepatutnya dia tahu, dirinya tidak layak dicintai. Apa yang dia harapkan dari seseorang mencintai raja yang hariannya hanya melihat kesengsaraan orang lain ?

Yang gembira jika seseorang menangis kerana memyesali perbuatan mereka didunia dahulu ?

Dia kotor dan dia patut sedar itu.

Tok ! Tok !

"Tuan V, syarikat yang nak bekerjasama dengan kita untuk projek akan datang dah sampai. Nak suruh dia masuk ke ?"

"Hm, bagi dia masuk."

"Baiklah."

V masih lagi merehatkan diri dengan bersandar ketika kedengaran bunyi tombol pintu dipulas dan pintu terbuka lalu tertutup.

V membuka matanya dan dengan malaa berdiri untuk menyambut rakan kerjasama syarikatnya. Seorang perempuan dan betapa V benci berurusan dengan seorang perempuan.

"Terima kasih sebab datang. Duduklah." Ujar V dengan nada tak berminat.

Perempuan itu menyambut salam V dan mendudukkan diri tepat dikerusi berhadapan dengan V. Lelaki itu kemudian fokus pada dokumen yang diberikan wanita itu, menilai hasil cadangan syarikat itu untuk projek baru senjata mereka.

"Nampaknya Tuan V tak kenal saya. Ya, mungkin kita pertama kali berjumpa dalam keadaan yang agak buruk."

V menutup dokumen itu kuat, mengerling wanita dihadapannya itu dengan malas. Demi tuhan dia malas mahu mengingat kembali memori yang lama - lama. Paling tak pun perempuan ni salah satu mangsa yang dia cuba untuk luruskan dirinya.

"Ceci Leonie Xavier. Kita pernah jumpa sekali, hm, masa Tuan V gaduh dengan Papa dekat depan rumah."

Dan suasana hati V pun semakin memburuk.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now