؛ ٢٥ ؛

2.7K 564 431
                                    

[ My Oh My ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ My Oh My ]

[ My Oh My ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________

"Erm.. t..tu rambut palsu kan ?"

Elys tahu dia mulakan perbualan dengan topik yang entah apa - apa. Ada ke tanya pasal rambut dulu ? Entahlah tapi Elys separuh mati nak tahu Ella ni pakai rambut palsu ke atau...

Bila dia tukar identiti jadi Ella, automatik rambut dia akan panjang ? Ha sudah dari mana pula rambut tu datang ? Jatuh dari siling lepastu PUK melekat dekat kepala Daniel ?

"Palsu. Daniel mungkin akan bunuh diri kalau tahu aku biarkan rambut dia panjang sampai pinggang. Lagipun aku jarang muncul sebab biasalah, jantan tu benci betul dengan aku. Junjung sangat ego kejantanan dia tu sampai malu dengan aku."

Ella bangkit dari duduknya dan membuang air kopi yang Elys sediakan untuknya ke dalam sinki. Dia tak suka kopi. Dia akan minum susu segar Dutch Lady saja dipagi hari.

Elys mengerutkan dahi makin dalam apabila melihat cara Ella berjalan. Begitu lenggang - lenggok, bahkan cara dia menunduk untuk mengambil susu didalam peti ais, cara dia membuka penutup bekas susu itu sangat feminim.

Suara Daniel yang selalunya berat juga kini lebih halus dan mendayu, bukan sengaja dibuat - buat tetapi memang itu sifat seorang Ella.

Ella duduk dan menyilangkan kakinya, rambut panjang diselak ke belakang. Mata tajamnya memerhatikan Elys dari hujung rambut sampai hujung kaki sambil bibir menyesap susu sejuk segarnya.

"Kau pembantu rumah Daniel ke ?"

Elys terus tak berselera nak makan. Ada ke dia cakap orang secomel ni pembantu rumah ?

"Taklah.. erm tak tahu nak cakap macam mana tapi kami berdua tidur bersama dan yeah.. duduk bersama untuk keuntungan kedua pihak."

Elys tahu dia tidak patut jujur kerana dia tak tahu apa akan jadi jika Elys beritahu yang tujuan Elys berada didalam rumah Daniel ini adalah untuk menghapuskan kesemua identiti didalam diri Daniel.

Mungkin Ella akan terus menyerangnya, tidak mungkin dia akan membiarkan Elys yang faktanya orang yang bakal menghapuskan dirinya kekal hidup.

"Oh, Friends with benefits ?"

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now