؛ ٤٠ ؛

3K 640 791
                                    

I'm back, bby yeah maybe for awhile sksk ! And I really don't like this chapter so much :(

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


I'm back, bby yeah maybe for awhile sksk ! And I really don't like this chapter so much :(

[ Heaven Sent You To Me ]

________

"Bangun, bangun, bangunnn !"

Elys menepuk punggung V, berjalan ke arah pintu balkoni lalu menyelak langsir hingga cahaya matahari pukul 8 itu masuk ke dalam ruangan bilik tidur itu.

V mengerutkan dahi apabila tepukan Elys serta cahaya pagi menganggu lenanya. Dia kembali memeluk bantal, membiarkan tubuh bahagian atasnya yang tidak berbaju disapa oleh matahari yang terbit.

Elys mengelengkan kepala apabila melihat V yang enggan membuka mata. Dia segera menghempaskan tubuh ke atas lelaki itu, berguling diatasnya.

"Bangun, V ! Kita kena sihat jadi Elys cadang nak jogging pagi ni. Perut dah jadi burger dah ni."

"Hm, tamo.." gumam V perlahan.

Elys tidak berputus asa, kembali berguling diatas V hingga lelaki itu geram dan merengkuhnya bak bantal peluk, menyekat segala pergerakannya.

"Diam." arah V dengan suaranya yang semakin berat kerana baru bangun tidurnya.

Elys mengelengkan kepalanya laju, meronta dalam pelukan V.

"Noooooo, V ! Kita kena bersenam dan keluarkan peluhㅡ"

"Nak keluar peluh ? Tunggu kejap, kita tak perlu keluar rumah pun. Dekat sini pun boleh.."

"Buat apa buat satu kalau boleh buat dua ? Peluh atas katil, malam nanti. Ni peluh waktu pagi jadi angkat punggung tu dan jadilah rajin, V. Elys bagi hadiah malam nanti, okie ?"

V terkekeh apabila Elys sepertinya tidak termakan dengan cara dia menyakat lagi malah gadis itu akan kembali menyakatnya.

"Yelah, Permaisuri. Segala perintah, akan sang Sang Raja ni laksanakan."

Elys mengangguk, bangga. Namun sedetik kemudian lelaki itu mengecup pipinya bertubi - tubi dengan pelukan yang semakin erat.

"Why sho cute hm ?"

Elys meronta apabila merasa V melepaskan geram dengan melabuhkan ciuman disetiap jengkal wajah serta lehernya.

"V!"

V berhenti apabila melihat Elys yang tidak tahan geli itu. Dia menepuk punggung Elys yang sudah telungkup diatas tubuhnya itu.

"Basuhkan rambut V boleh ??" pinta V, tiba - tiba.

Elys menjeling V dan bangun dari atas tubuh lelaki itu. Dia bercekak pinggang ditepi katil.

"Beri 10 alasan kenapa Elys kena buat macamtu."

V menyelak helaian rambut yang jatuh ke dahinya, mengerling Elys seakan sedang mencari idea. Dan sesaat kemudian senyuman mekar dibibirnya.

Dia merapatkan jarak wajahnya dengan Elys, jemari perlahan terhulur, bermain dengan hujung rambut Elys. Elys mengangkat kening apabila melihat jari telunjuk V yang runcing memintal hujung rambutnya, main - main.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now