؛ ٢٩ ؛

2.8K 613 1.1K
                                    

[ ERROR ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ ERROR ]

_______

Tak.

Dia perlu ambil kesempatan ini untuk jauhkan diri dari Daniel V.

Tak mungkin dia nak biarkan diri dia terjerumus lagi dalam hidup Daniel.

Dia dah buat keputusan. Dia akan lepaskan diri dia dari Daniel V. Tak mahu berurusan dengan sang iblis itu lagi.

Dan hidup normal seperti biasa.

_______

Daniel tidak membuka mulut dan berbicara sepatah pun sejak Jimin dan D pula ke rumah mereka. Lelaki itu tidak menatap Elys tepat dimata entah kerana apa.

Elys terus menunggu, ingin mendengar Daniel berkata yang dia akan melepaskan Elys, bebas dan pergi jauh dari hidupnya, menjalani kehidupan seperti biasa seperti sebelum dia bertemu Daniel dahulu.

Namun hari demi hari berlalu, lelaki itu langsung tidak membuka mulut untuk membahas tentang perkara yang disampaikan Jimin itu.

Berlagak seperti perbualan mereka tempoh hari tidak wujud, seakan Jimin hanya datang untuk menjenguk keduanya.

"Elys dengar apa yang Jimin beritahu haritu. Pasal dokter yang boleh rawat Dani sampai pulih kembali."

Daniel berhenti menaip dilaptopnya apabila Elys membuka bicara. Gadis itu sedikit menunduk, jemari bermain dengan sebatang pen yang dia dapat dari bekas pen Daniel.

Gadis itu sudah mandi dan memakai baju tidur bercorak pororonya namun lebih memilih masuk ke bilik kerja Daniel dan duduk dihadapan meja lelaki itu, hanya memerhati selama beberapa minit.

Daniel sedar yang Elys seakan sedang berfikir untuk bercakap sesuatu dan dia hanya menunggu. Namun apabila tahu topik apa yang Elys cuba sampaikan, dia tanpa dapat ditahan berhenti menaip.

Elys menunggu Daniel menatap ke arahnya namun lelaki itu langsung tidak mengerling. Mata tajam berkacamata itu hanya merenung skrin laptopnya.

"Dani ?"

"Habistu ?"

Elys keliru apabila Daniel menyoalnya begitu. Habistu ? Tunggu apa lagi ? Padamlah video Elys dan lepaskanlah dia !

"E..Erm. Elys nak sekolah balik.. nak balik rumah.."

BRAK !

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now