؛ ٣٢ ؛

2.8K 640 604
                                    

[ SLOW DOWN ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ SLOW DOWN ]

_________

Elys hanya diam.

Dia tidak membuka mulut dan berbicara sepatah katapun, hanya memerhati raut wajah Daniel yang kembali dingin walaupun mata lelaki itu sudah membengkak.

Lelaki itu betul - betul meminta orang untuk menguruskan kepala dan tubuh sang pengawal, meminta mereka segera bersihkan dan hantar kepala yang sudah diletakkan di dalam balang terus ke rumahnya.

Lelaki itu langsung tidak bertentang mata dengan Elys, hanya mengangkat tubuh lemah Elys untuk dia mandikan, dibersihkan dari sisa kotoran darah hasil perbuatannya.

Dia meletakkan Elys yang sudah lengkap berpakaian ke atas katil, kembali merantai tangan dan kaki Elys. Hanya diam ketika menyikat helaian rambut Elys.

Elys baru saja mahu bertanya namun Daniel sudah bangkit masuk ke dalam bilik air, sepertinya ingin membersihkan diri.

Elys menutup belahan bibirnya dan menarik nafas dalam. Dia merenung rantai yang membelunggu dirinya kembali.

Kenapa Daniel tak mahu lepaskan dia ?

Jika Daniel inginkan pelacur, beratur wanita yang bakal rela memanaskan katil lelaki itu, bahkan mereka lagi berpengalaman dari Elys yang faktanya hanya seorang budak yang tidak tahu apa ini.

Elys mengeluh namun tiba - tiba kedengaran bunyi shower dinyalakan dari arah bilik air. Begitu kuat namun Elys hanya mengangkat bahunya, tidak peduli.

Dia baru saja mahu memejamkan mata dan berfikir lagi apa akan jadi pada dirinya, nasib hidupnya atau segalanya namun sayup - sayup Elys dapat dengar sesuatu.

Dari balik bunyi derasnya air shower mengalir, Elys yakin dia dapat dengar tangisan Daniel V.. lagi.

Dahi Elys berkerut namun entah kenapa matanya berkaca - kaca. Ya, memang Daniel kejam dan tak berperikemanusiaan padanya tadi tapi apabila teringat balik kisah Daniel yang telah Jimin beritahu padanya..

Dia berasa Daniel mungkin hanya tertekan.

Dan Elys tidak buta. Dia nampak gambar Daniel tergantung didinding rumah jiran mereka yang berbaik hati selamatkannya itu.

Gambar Daniel yang sedang tersenyum tipis sementara lengannya dirangkul oleh seorang gadis bertubuh kecil yang turut merangkul seorang lelaki yang sepertinya telah menjadi suami sahnya.

Gambar terakhir V bersama Dylan dan Elise, dihari perkahwinan pasangan itu.

Dan.. Jimin kata Daniel tidak ingat masa lalunya..

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now