؛٢٠؛

3.8K 637 434
                                    

[  Music : Issues by Julia Michaels ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[  Music : Issues by Julia Michaels ]

[ Warning : Blood and hard violence ! Siapa tak selesa boleh skip hiks ;-; ]

[ WE GOT ISSUES ]

________

"Turun."

Elys mengigit bibirnya apabila pintu dibahagian tempat duduknya dibuka oleh sang pemandu yang tidak dia kenali.

Lelaki itu tampak begitu menakutkan, tubuhnya begitu tinggi dan tegap. Wajahnya bahkan dingin dengan iris berwarna merah, semerah darah.

Elys menepuk pelan pipi Bwi, berbisik pada telinga lelaki itu agar lelaki itu segera bangun. Bwi mengerutkan dahi dan mengerang pelan kerana tidurnya diganggu.

"Emh, Ely... Bwi mengantuk lagi lah.. hmph !"

"B..Bangun, Bwi.. please." bisik Elys, suara ketara sekali yang dia sedang ketakutan.

Bwi membuka kelopak matanya dan bertatapan dengan wajah Elys yang sudah pucat.

"Apehal lambat sangat kau nak turun ? Ke nak aku tembak kaki kau bagi kau terus tak boleh berjalan, hm ?"

Bwi mengerutkan dahi, hanya pasrah bila Elys segera menarik tangannya, turun dari kereta. Elys berjalan mendahului, mengenggam erat jemari Bwi, dan memastikan lelaki itu berjalan dibelakangnya.

Mereka memasuki sebuah rumah agam yang megah, namun penuh dengan aura yang dingin. Memasuki rumah ini sudah seperti memasuki negara Korea utara. Takkan boleh agak sama ada korang boleh keluar hidup - hidup, atau mayat korang yang dapat keluar.

Dia akan cuba sedaya - upaya untuk tak buat Bwi ketakutan atau panik. Dia akan cuba lindungi Bwi walaupun dia tahu dia berisiko kehilangan nyawanya.

Bwi hanya diam, membiarkan Elys menarik tangannya dan mereka mengikuti jejak si penculik.

Bwi mengerling ke arah belakangnya, melihat ada 6 orang lelaki memakai topeng, berpakaian serba hitam dengan senapang yang sudah siap sedia ditangan menjaga mereka dari melarikan diri.

Segera lelaki itu menunduk, merasakan bulu romanya meremang.

Tubuhnya mengigil. Dan sudut bibirnya terangkat, tersenyum lebar.

'Ah, taman permainan memang seronok, tapi dekat sini pun seronok juga.'

"Bwi ? Jangan lepaskan tangan Ely okay ? Apapun jadi, Bwi jangan panik, Ely akan lindungi Bwi okay ?" ujar Elys, memeluk pinggang Bwi cuba menenangkan.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now