؛ ١٤ ؛

3.9K 660 323
                                    

[ Sweet Night ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Sweet Night ]

°°°°°°


"Tak, sekarang ni yang kena dilimpahi kasih sayang sampai identity dia yang lain sembuh ni siapa ? Aku kan ? Tapi apehal aku pula yang kena layan kau ni ?"

Elys berdehem, pura - pura tak dengar. Sengaja pura - pura sibuk mencapai tombol pintu untuk membuka pintu bilik air.

Daniel memutarkan matanya dan sengaja menarik kerusi roda Elys ke belakang hingga gadis itu tidak dapat mencapai tombol pintu.

Elys menjeling Daniel, buat lelaki itu mengangkat kening. Eh, sejak tahu Daniel ni ada penyakit dan mempunyai identiti lembut dan comel bernama Bwi, perangai Elys terus jadi berani ya dengan Daniel ?

"Aku tanya kau, jadi jawablah." arah Daniel sedikit bengang.

"Wahai Bwi ucuk ucuk ucuk. Sembuhkan aku dulu barulah aku dapat limpahkan kasih sayang aku dekat kau. Lagipun apa dah jadi dekat aku ni salah kau juga."

Elys menolak kerus roda masuk ke dalam bilik air dan Daniel hanya berdengus dan tak menghalang.

"Entah bila kau nak sembuh pun aku tak tahu lah. Dah seminggu kau tahu tak."

"Tak tahu. Eh, kau pikir koyak aku ni boleh sembuh seminggu ke ? Tiba - tiba rasa nak upah orang buat kau koyak lah pula biar kau rasa sakit kena jahitnya."

Melihat Elys yang begitu petah membalas dengan nada sinis itu buat Daniel panas hati pula. Dia dengan sengaja menutup lampu bilik air hingga keadaan Elys didalam bilik air menjadi gelap gelita.

Daniel tersenyum puas namun dia menyangka Elys akan menjerit atau mungkin memakinya namun sunyi..

Dahinya berkerut apabila hanya kedengaran bunyi air yang mengalir, tiada sebarang suara.

"Kau dah mampus ke dekat dalam tu, budak ?"

Tiada sahutan bagi soalan kasar Daniel itu. Dengan kurang ajar, Daniel memulas tombol pintu bilik air lalu melangkah masuk dengan langkah pelan.

Dia nyaris terpeleset apabila lantai menjadi sangat licin kerana air yang mengalir dari paip pancuran air yang terbuka.

Namun sempat dia memegang sesuatu, lebih tepatnya kerusi roda milik Elys yang kebetulan ada dihadapannya.

Dahinya berkerut dan kemudian helaan nafas keluar dari belahan bibir apabila melihat Elys yang sudah terduduk seperti patung diatas lantai yang sejuk.

Baju gadis itu sudah basah kuyup namun sepertinya perasaan takut lebih mengalahkan rasa sejuk.

"Oh, kau takut gelap ?"

Elys tidak menjawab. Entah kemana Elys yang petah berbicara melawan kata - kata bernada sindiran Daniel.

Lelaki itu memutarkan matanya dan menarik lengan gadis itu kasar supaya gadis itu berdiri kembali.

Sepenuhnya terlupa fakta bahawa Elys masih tidak boleh berjalan, malah berdiri saja dia tidak mampu. Hingga gadis itu nyaris jatuh terhentak akibat hilang keseimbangan akibat tarikan Daniel itu.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now