؛ ٥٠ ؛

3.1K 594 1.1K
                                    

[ Dangerous Woman ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Dangerous Woman ]

____________

Lelaki itu hanya mengangguk perlahan apabila pekerjanya menyapa ketika berselisih. Dia mengerling jam tangannya dan berdengus apabila melihat jam baru menunjukkan pukul 6 petang.

Mungkin dia akan pulang dan berehat seperti biasa. Itulah kehidupan seharian dia sejak seseorang itu kini meninggalkannya sendirian, seperti yang dia mahukan.

Jika selalunya dia akan mengambil cuti dan hanya bekerja dari rumah atau bekerja separuh hari saja untuk menemani seseorang itu, mungkin menonton televisyen atau bermain bersama, tapi kini jika dia pulang, dia sendiri tidak tahu mahu melakukan apa.

Kadang - kadang dia merasa tiada guna dia pulang ke rumah, mungkin esok dia akan mula tidur dipejabat saja daripada buang masa dirumah yang kosong dan kelam.

Dia memandu dan sampai ke rumah dengan selamat, sedikit basah kerana gerimis hujan yang mulai jatuh menyembah bumi. Malam ini berkemungkinan akan ribut dan keadaan akan menjadi sangat dingin.

Sedingin hidupnya.

V menghelakan nafas dan mengusap wajahnya yang sedikit basah, berjaya masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Dengan langkah perlahan dia berjalan masuk dan ingin menaiki tangga menuju ke biliknya namun irisnya tanpa sengaja mengerling ke arah ruang tamu yang terang kerana cahaya dari televisyen yang terbuka.

Dahinya berkerut dan berbagai persoalan menyerangnya. Siapa yang menyalakan televisyen ?

Dia mengatur langkah menuju ke ruang tamu, dan jantungnya berdegup laju apabila melihat apa yang terpapar ditelevisyen.

Drama yang selalu Elys tonton bersamanya. Setiap hari dia akan memeluk Elys dari belakang, menemani gadis itu menonton walaupun dia sendiri tidak fokus dan hanya akan berfikir cara untuk mengacau Elys dan berakhir dengan mereka yang saling fokus pada satu sama lain, melupakan televisyen yang menyala.

Dia menarik nafas dalam dan meraih remote, berfikir sesiapa yang cuba bermain dengannya sekarang ini mungkin kepalanya akan menjadi koleksi terbarunya memandangkan dia sudah lama tidak melampiaskan amarahnya.

Baru saja dia mahu menekan butang untuk tutup televisyen itu, jemari lembut seseorang perlahan merampas alat kawalan itu dengan sengaja mengusap permukaan tangan V

"It's rude to turn off the television when somebody still want to watch it, you know ?"

Mata helang itu terbeliak apabila mendengar suara yang sudah tiga minggu menghilang dari kehidupannya itu. Dia menoleh ke arah sumber suara dan mengeram apabila irisnya bertentang dengan iris coklat madu itu.

"Elys.."

Sudut bibir gadis itu terangkat apabila bunyi geraman V terhenti sebaik saja melihat sekujur tubuhnya. Sengaja, dia merapatkan tubuh ke lelaki itu, tahu pakaian dipakainya memberi impak pada lelaki itu hingga seorang Hades V terpaku tidak bergerak.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now