؛ ٤٩ ؛

3.4K 614 1.3K
                                    

[ EGO ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ EGO ]

_________


V menghempas pintu rumah, melangkah dengan langkah terseret menuju ke ruang tamu. Seiring dengan helaan nafas berat, dia melabuhkan punggung ke sofa, menyandarkan kepala ke sofa lalu menutup kelopak matanya.

Suasana rumah sunyi, walaupun dia tahu memang itulah yang akan terjadi. Sudah seminggu berlalu sejak kejadian bergaduh besar dengan Elys dan ketika dia pulang keesokkan harinya, gadis itu sudah hilang tanpa membawa satu barangpun.

Dia membuka perlahan kelopak matanya, merenung siling putih yang tampak suram kerana dia yang tidak menyalakan sebarang lampu, duduk didalam kegelapan.

Sudut bibirnya terangkat. Seiring dengan air mata yang mengalir dari sudut mata, membasahi sofa. Dan tak lama kemudian dia terkekeh kecil, mengesat air matanya kasar.

Ah, kenapa dengan dia ?

Adakah dia menyesal setelah berjaya melaksanakan apa yang dia rancang ?

Adakah dia sedih kerana semuanya berjalan lancar ?

Tak dinafikan, semuanya turut membunuhnya secara perlahan.

Dia kembali menutup kelopak matanya.

'Menyesal ? Kenapa ? Bukan ke kau suka macamni, V ?'

V mengeram apabila tahu sisi lain dalam dirinya kembali memunculkan diri. Cuba berkomunikasi melalui satu fikiran yang sama.

Daniel.

"Aku tak cakap aku suka buat dia sedih, Daniel."

Kedengaran suara tawa kecil bergema didalam fikirannya, seakan mentertawakan diri yang tampak menyedihkan.

'KAU BUAT DIA SEDIH DAN SEKARANG DIA DAH PERGI !! ELYS AKU DAH PERGI, HADES V !'

"Memang dia kena pergi, Daniel. Diamlah. Kalau aku nak, dalam sekelip mata saja aku boleh hilangkan korang bertiga."

V memicit dahinya, tenaganya terkuras apabila identiti yang lain cuba keluar, mengawal tubuh. Sudah tentu dia melawan. Dia takkan benarkam Bwi, Daniel atau Ella muncul.

Mereka pasti akan mencari Elys.

'Kalau aku muncul Hades, perkara pertama aku akan buat adalah tikam kau.' Ujar Daniel, geram.

"Kalau kau tikam aku, sama saja kau tikam diri kau sendiri, kau bodoh ke apa."

'B..Bwi nak Elys.. Bwi rindu Elys.. H..Hades jahat pisahkan Bwi dengan Elys..'

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now