؛ ٥١ ؛

2.9K 592 669
                                    

[ We Are Nothing, Right ? ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ We Are Nothing, Right ? ]

_________

Pagi itu, seperti biasa tepat pukul 7 pagi V akan terjaga dan bersiap untuk ke tempat kerjanya. Matanya yang masih sayu dan kadang terkatup akibat mengantuk berjalan dengan malas menuju ke bilik air.

Dia meraih tualanya dan membuka pintu bilik air lalu melangkah masuk sambil menguap. Dia mengelengkan kepala dan berdiri didepan sinki kecil, mahu mengambil ubat dan berus gigi.

"Oh, V ? Nak mandi ke ?"

Nyaris saja V melompat masuk ke dalam sinki apabila suara itu selamba menyapanya. Mata sayunya terbuka luas dan sekelip mata mengantuknya mengucapkan selamat tinggal.

Dia mendongak dan melihat pantulan dicermin, terpapar wajah Elys yang tersenyum lebar, kepala masih berbuih dan gadis itu sepertinya sedang membersihkan diri ditab mandi miliknya.

Persoalannya, kenapa dia mandi dekat BILIK V ?

"Oh, kalau V nak tahu, bilik air dekat bilik tetamu tu water heater dia rosak jadi Elys tumpang mandi sini. Tak apa kan ? Eh mestilah tak apa sebab V kan abang yang baik kan kan kan ?"

V menutup kedua kelopak matanya dan menarik nafas dalam. Jemarinya meremas sinki apabila kembali Elys melemparkan kata - kata seperti itu.

Elys mengerling V dari hujung matanya, sudut bibir terangkat apabila V diam tak berkata apa. Dia bermain dengan buih - buih didalam tab mandi, berendam didalam air hangat dengan sabun berbau mawar.

V segera mencalit ubat gigi diberus giginya lalu mengosok gigi dengan ganas, tidak meringis langsung ketika gusinya tergesek dengan berus. Dia masih panas dengan sikap suka menguji Elys.

"A..Auchh ! Bwwiii !"

Kening V terangkat apabila mendengar ringisan Elys itu dan dengan rasa ingin tahu dia menoleh dan memutarkan matanya apabila melihat Elys cuba meraba dimana letakkan pancuran shower, ingin membasuh matanya yang termasuk buih syampu.

'Nak tolong, tak nak ? Nak tolong ke tak nak ?' Soal V, mulai merasa konflik didalam hati.

Dan apabila Elys mulai menangis, V menghelakan nafas dan meletakkan berus giginya lalu berjalan memghampiri gadis itu.

Dia meraih paip pancuran air yang berada sedikit atas dari tab mandi dan mulai menyalakan air, membasuh syampu dari rambut itu. Tapak tangan besarnya mengusap wajah Elys agar sabun menghilang.

Elya sedikit tersedak kerana air yang masuk ke dalam mulutnya dan perlahan membuka matanya yang kini kurang pedihnya apabila V mulai basuh rambut panjang miliknya yang hampir paras pinggang.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now