؛ ١٣ ؛

4K 698 1.2K
                                    

[ LIGHTS DOWN LOW ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ LIGHTS DOWN LOW ]

°°°°

        "Bwi."

        "Bwi.."

         "Baebwi~"

          Hampir, garfu itu melayang dan menusuk mata Elys namun mungkin itu hanya dalam bayangan Daniel.

         Realitinya, Elys masih setia memanggil Bwi beribu kali hingga berbuih mulutnya. Seakan tidak jemu menyeru sisi lain dirinya itu.

       "Bwi ? Tak mahu keluar ke ? Muncul lah nanti kita main congkak sama - sama."

        "Jangan mengarut. Dekat Korea tak ada congkak. Berhenti seru budak terencat tu dan keluarlah, kau buta tak nampak aku tengah sibuk ke ?" herdik Daniel lalu berdengus.

        Elys hanya diam beberapa saat, namun apabila Daniel kembali sibuk menguruskan dokumen diatas meja kerjanya, gadis itu kembali memanggil Bwi seakan Bwi itu adalah seekor kucing yang hilang.

       "BaeBwi, kambek !"

        Daniel mengeram dan meletakkan dokumen yang berada ditangannya ke atas meja, menghentak.

        "Okay, cukuplah aku berlembut dengan kau beberapa jam ni sebab aku tak ada mood untuk seksa orang. Pilih salah satu, kau nak lemas dalam laut atau kena bakar ?"

       "Aku nak Bwi."

         Demi Tuhan ! Daniel hampir mengerang akibat merasa tertekan melihat kedegilan perempuan dihadapannya ini. Sudahlah mengekorinya bagai anak kucing !

         Semuanya terjadi sebaik saja soalan tentang cadangan Elys untuk menyembuhkan Daniel itu tidak dijawab oleh lelaki itu.

          Bukannya tidak mahu, bahkan Daniel sangat mahu menghapuskan Bwi yang baginya sangat memalukan dan mengelikan itu. Bayangkan,

          Kau dah pakai ala ala dedi, aura ala ala abah, tiber,

          'Bwi nak susuuuuu coklaat umph !'

          Bulu roma Daniel sudah naik hanya dengan membayangkannya. Jatuh maruah dan harga dirinya. Dia juga tidak mahu orang menganggapnya mental atau sakit jiwa padahal dia yakin dia baik - baik saja.

          Tapi cuma dia tak yakin pada Elys. Kerana sudah jelas perempuan ini hanya pelajar tingkatan empat, apa saja yang dia tahu ?

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now