؛ ٢٧ ؛

2.9K 581 760
                                    

[ PLAN ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ PLAN ]

_______

"Relaks, Baby. Jangan jeritㅡ"

SRAAAAK !

"HUWAAAAA BULU AKU BULU AKU !"

Elys berguling dan merasa kakinya mati rasa apabila semua jenis bulu telah dicabut menggunakan pelekat yang rasanya mereka letak gam UHU.

Menitik air mata berharga milik Elys merasakan pedih. Dia nyaris teresak. Inilah yang dikatakan, kecantikan itu kesakitan.

Elys lebih rela bela dan ikat tocang bulu disekujur tubuhnya dari diwaxkan seperti ini. Boleh berkurang riwayat hidupnya.

Pekerja perempuan itu menatapnya penuh kasihan. Oh budak berumur 16 yang malang, baru nak tumbuh bulu tapi dah ditebas semuanya.

Ella meminta sang pekerja memberikan masa rehat pada mereka memandangkan Elys nak bergerak pun tidak mampu. Kejung disitu seperti patung.

Baru saja Ella mahu membuka mulut berbicara, seorang pekerja masuk ke dalam bilik itu dan meminta Ella mengikutinya kerana harus menjalani set seterusnya.

"Rehatlah dulu, lagi 10 minit pekerja tu datang dan sesi sedut lemak pula akan dijalankan."

Terbeliak mata Elys namun belum sempat dia nak protes, Ella sudah keluar meninggalkannya seorang diri merenung nasib.

Sedut lemak ? Buta ke tak nampak dia dah kurus macam tiang ni ?

Macam mana kalau disebabkan tak ada lemak, dia tersedut organ dalaman ? Eh tiber ginjal hilang satu.. hiks..

Elys bangkit dengan langkah terseret, mengigil apabila merasa sekujur tubuhnya rasa pelik, maklumlah dah tak ada bulu roma, rasa macam telanjang pula.

Elys bertekad mahu melarikan diri. Dia takkan benarkan sekujur tubuh kecilnya diubaisuai bagai kabinet. Ni belum laser muka lagi, pergh pechuw pechuw dekat muka.

CLICK !

Elys yang ketika itu baru keluar dari bilik rawatan itu terdiam kaku apabila merasa muncung pistol menekan dahinya, sudah siap sedia menarik pelatuk.

Mata bulatnya bertentangan dengan iris tajam salah seorang pekerja yang memakai penutup muka. Kening pekerja lelaki itu terangkat dan entah bagaimana Elys boleh lihat wajah itu seakan sedang melemparkan senyum sinis padanya.

"Shh, diam."

Pekerja itu menekan pistol itu ke dahi Elys, menolak tubuh itu kembali masuk ke dalam bilik rawatan itu dan mengunci pintu bilik.

[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2  | 김태형Where stories live. Discover now