Widya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayangi dan lembut apabila dengan Rian. Sebut aje nama Rian, Aileen yang tengah serius terus jadi ceria! Alfia Nasuha - Kecil - kecil cili padi. Rancangan licik sentiasa menjadi. Manjanya sentiasa menggugat Fahim. Dia akan bertukar garang apabila haknya diganggu. Dayhani Dyanah - Ceria. Sikapnya, sentiasa membuat Rizky hanyut. Dugaan dan ujian penguat semangat untuk dia bangkit. Bicaranya pedas andai kata kesabaran terjejas! dan... Ayeen Hazreen - Wanita yang lembut. Sikapnya yang manis membuatkan dia ibarat bunga yang mahu didekati oleh sang lebah. Sangat jarang untuk marah kecuali geng 'bad boys' yang berani cari pasal. Rajukkan Ayeen paling berbahaya untuk Rash. ---- Kisah ini kombinasi antara lima orang sahabat. Selalunya, hidup anda diceriakan dengan perangai bad boys. Kali ini, kita sinarkan hari dengan wives of bad boys. Bagaimana agaknya bad boys nak survive diri mereka tanpa cik - cik isteri di sisi? Bagaimana pula dengan wives of bad boys mahu mempertahankan diri tanpa perlindungan dari encik - encik suami? Soalan anda akan terjawab di sini~ --- Start: 15/3/2021 End: 10/5/2021
24 parts