Bab 25

2.6K 185 50
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

PERBINCANGAN antara dua buah negara itu berjalan dengan lancar di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Cik Skyler White merupakan pegawai berkuasa di cawangan North Carolina dan kehadirannya di sini adalah atas dasar kemahuan diri. Estate Empire melantik wanita lingkungan 30 tahun ini untuk menjaga dan mengawal kekecohan yang berlaku dari semasa ke semasa. Setelah dikenalpasti, dalang yang menjadi gunting di dalam lipatan berjaya diberkas. Tidak disangka-sangka pembantu timbalan turut memainkan peranan dalam menggelapkan jumlah wang demi menjaga pelaku yang berpangkat rendah.

"Since we have strong evidence in the case against Mr. John, it is quite certain that the police will take action against him. It's just a matter of time until he's put behind bars, probably for a few days at least." Tutur Skyler memberi maklumat. Anak mata hazel itu direnung. Menyambung.

"He'll try to plead mistrial, saying that there was insufficient evidence against him. But I've hired some of the best lawyers that money can buy, and they're going to shoot down his mistrial plea. Even if it goes to court, we'll win the case. So worry not, this case is in good hands."

"What about the rest?" Soal Hardeen lagi.

"They admitted to embezzling funds so they could get their sentence reduced, but we've hit them with a twelve million dollar lawsuit. So they're screwed either way."

Hardeen menyentuh batang hidung, sedikit gelisah. Saman tidak akan menyelesaikan masalah. Kerugian yang dihadapi cawangan di luar negara sangat serius dan tidak mustahil mereka akan jatuh ke dalam gaung. Wang yang digelapkan bukan 1 USD, tetapi berjuta-juta sehingga menjejaskan pembayaran gaji untuk tenaga kerja.

"I need you to keep a close eye on all staff and to be especially vigilant for any hint of wrongdoing. Sean needs to be monitoring for any loss or misappropriation and should be sending reports to the main branch immediately, without fail. We can't afford to miss even the tiniest detail."

"Don't worry about a thing, we're on the case."

Skyler menggangguk taat. Mencatit perkara penting di dalam perbincangan lisan bersama tokoh perniagaan terkemuka yang menerajui Estate Empire. Permintaan dikemukakan. Tumpuan lelaki itu terhala kepadanya. "We've discussed Mr. Sean's conditional admission, so we thought we'd give him a spot here at our branch, if that's alright by you."

Bagai bulan jatuh ke riba, Hardeen menguntum senyuman penuh makna. Kedua-dua belah tangan memeluk tubuh dengan postur santai. Menyimpan Sean terlalu lama di negara asing tidak menguntungkannya, lebih-lebih lagi mereka memang memerlukan lelaki itu di sini. Tempoh Sean berkhidmat sementara selama tiga bulan bukan satu masa yang singkat. Dia perlu memikirkan status Estate Empire di hari muka.

"We'll see how it goes."

***

Laci kabinet digeledah dengan kerutan di dahi. Tidak cukup dengan itu, document tray di atas meja kerja diperiksa untuk kesekian kalinya, memastikan objek tersebut tidak berselindung dibalik kertas-kertas kerja. Tiada. Mana handphone aku lesap ni? Tiara berfikir sejenak, cuba mengingati satu-persatu momen kelmarin. Pemeriksaan turut dilakukan berkali-kali di segenap rumah dan kereta Farzana, malang sekali usaha pencariannya umpama mencurah air ke daun keladi.

Takkan hilang? Walang sungguh hati ini mengenangkan kandungan-kandungan dalam telefonnya sangat bernilai. Harapan nada dering telefon bimbitnya menjerit untuk diangkat terpatah sendiri selepas mod senyap dipasang sebelum memasuki dewan mesyuarat semalam. Dia tidak pasti sama ada sudah mematikan mod senyap atau belum. Mungkin, mungkin tertinggal di dewan. Tiara berfikir lagi memandangkan pencariannya belum menjelajah di kawasan itu.

T I A R AWhere stories live. Discover now