Bab 49

602 79 19
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka

Media
Seribu Tahun - Imran Ajmain

KENYATAAN media di sebuah majalah hiburan di internet mengenai perkahwinan salah seorang usahawan ternama yang dilangsungkan di Songkhla mendapat perhatian umum. Lampiran gambar turut disertakan sebagai kekuatan bukti media, namun wajah-wajah figura dikaburkan untuk menjaga privasi. Keamanan yang diperoleh sejak beberapa hari ini telah diragut akibat perbuatan anaknya sendiri. Ipad diseret kasar ke meja kerja. Kedua-dua belah kaki yang sememangnya sedang berdiri stabil bergerak ke kanan dan ke kiri silih berganti. Dahi disentuh tertekan sebelum gelas kaca kosong dicapai dan dibaling ke lantai. Berdenting. Meluap-luap perasaan marah terbendung.

Desas-desus perkahwinan Hardeen tersebar meluas ke seluruh Malaysia, dan berita ini diketahuinya apabila tiba ke Estate Empire. Bayang-bayang keruntuhan syarikat yang sedaya-upaya diselamatkan semakin jelas visualnya. Tidak mampu kaki ini untuk terus berdiri stabil. Berbalam-balam matanya. Tidak sampai tempoh 24 jam, tender beratus ribu ditarik klien dan itu semestinya mengundang kerugian besar buat syarikat. Mereka menerima berpuluh-puluh panggilan dari pagi sehingga ke petang tanpa henti. Wartawan-wartawan dari pelbagai syarikat hiburan dan perniagaan datang membanjiri lobi Estate Empire untuk sesi bersoal jawab.

Mana nak diletakkan mukanya ini apabila perkahwinan perniagaan antara Hardeen dan Miasara dimanipulasi sebagai agenda licik Estate Empire untuk memperoleh sokongan para pelabur? Runsing mindanya mengingati Tan Sri Dr. Mazni tidak ingin memberi muka setelah Miasara menolak untuk mempunyai apa-apa kaitan dengan Hardeen. Nafas dihela. Kacau bilau rancangnya! Syarikat yang pernah mashyur pada zaman Tan Sri Panglima Hadi Sadeeq sudah diletakkan di posisi telur dihujung tanduk. Dimana silapnya? Dimana strategi-strategi ayahanda yang tak diikuti? Dia sudah turutkan semua!

Hardeen. Kalau Hardeen tidak menentang dan menurut kata hati semua ini tidak akan pernah berlaku. Dia cuba menelefon berkali-kali bagi mengurus segala kekacauan namun panggilannya tidak pernah disambut dan jejak terakhir lelaki itu di sekitar Perlis. Dia sedar Hardeen sememangnya sedang merancang sesuatu secara sembunyi-sembunyi dan ada tikus liar yang membuka jalan. Tikus yang mengetahui segala sejarah hidupnya dari zaman muda-mudi kerana Hardeen tidak akan bertindak di luar kawalan tanpa bukti sokongan. Lelaki itu berpaksikan logik. Selagi tiada bukti konkrit, selagi itu dikorek-korek sehingga dijumpai.

Daun pintu diketuk bertalu sebelum dikuak. Figura yang dinanti-nantikan semenjak kelmarin akhirnya terpacul di layar mata. Anak mata mereka bersabung tepat, memanah lama dengan ketidakpuasan hati yang begitu mendalam. Diberi isyarat anggukan kepada Dayang yang mengiring tamu untuk beredar. Atmosfera di dalam kamar pejabat kecil ini terasa begitu dingin. Dijemput lelaki itu untuk melabuh selesa di ruang rehat. Kaki diatur. Duduk.

"Ini rancangan kau untuk buat aku jatuh, Wahid?"

Encik Wahid tersenyum. "Aku tak berniat untuk jatuhkan sesiapa."

"Kau fikir aku bodoh? You thought you could betray me, and I wouldn't notice?" Tan Sri Haidar Saadi tergelak sinis. "Kau memang kawan makan kawan, Wahid. Tak ada bezanya dengan Tarmizi keparat. Why don't you just let those old stories be buried and stop using dirty tricks to undermine me? Apa motif kau sebenarnya?"

Soalan demi soalan yang ditembak Haidar sedikit pun tidak menyuntik ketakutan. Dia tidak pernah menyesali setiap pilihan, malah dia bersetuju untuk berjumpa Haidar kerana ingin mengakui perbuatannya di belakang lelaki itu. Tiada lagi rahsia. Perjanjian yang pernah diikat antara mereka berdua sudah terputus. Dia tidak ingin terus dihantui perasaan berdosa. Dia tidak ingin terus termakan dengan baik budi Haidar untuk menutup mulutnya. Masa lalu sudah banyak merosakkan jiwa-jiwa tidak bersalah, dan dia tidak mahu terheret terlalu lama.

T I A R AWhere stories live. Discover now