Bab 27

2.9K 207 43
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

TEH stroberi berasap nipis dihirup cermat di bibir muk. Hardeen mencampak majalah perniagaan di atas meja sebelum pancaindera meluncur jauh ke dada langit. Ruangan flagship first di dalam kapal terbang American Airlines rata-rata tidak dihuni, menjadikan kawasan lebih malap dan sepi sepanjang perjalanan. Dada akhbar dan majalah semuanya dipenuhi isu percintaannya di slot hiburan dan perniagaan. Kenalan rapat dan klien yang berurusan di USA turut mengutarakan soalan serupa apabila bertemu di lokasi temujanji.

Hardeen mengetap tulang rahang. Imbas kembali. Tan Sri Haidar Saadi mengamuk sakan di dalam talian selepas berjaya menghubunginya sehari selepas kejadian. Segala yang dimomokkan Jesnita adalah benar belaka, lelaki tua itu memintanya untuk meredakan semula keadaan dan membersihkan kotoran-kotoran kontroversi liar dari terus menjadi kudis. Dia diarah untuk membuka persidangan umum dan memberi kata penafian dari kenyataan sebelum ini. Jawapan Hardeen mudah. Ini pilihannya. Dia tidak akan berpatah ke belakang.

Kotak fikiran digegarkan dengan kemunculan seseorang. Nafas panjang dihela sambil memejam kelopak mata sesaat. Dicelik. Hubungan mereka hanya sebatas teman, malah dia juga akur dengan perjanjian yang termeterai di antara mereka. Tetapi mengapa ruang hati ini aneh sekali rasanya? Sleeping mask dikenakan pada wajah untuk menutupi kelopak mata, cuba menenggelamkan bayang-bayang Tiara dari terus menganggu.

***

"Bertuah. Tung tang tung tang sampai ke luar dengarnya. Tak dipinang orang nanti."

Terpejam mata Tiara menghadam bebelan Usu Najda di sebelah selepas tangannya ditepuk sebagai amaran. Wanita tua itu mencekak pinggang sambil memerhati gerak-geri kacauan sudu di dalam teko. Berhati-hati Tiara memasukkan sukatan gula selepas warna dari uncang teh semakin sekata untuk dihidang bersama kek pisang. Perbualan Haji Mansor, Puan Nasuha dan Puan Diana menggelegak di udara. Dia tidak pasti tujuan kedatangan pasangan suami isteri itu, mungkin ada hal penting yang ingin dibincangkan. Hendak bertanya lebih lanjut kepada usu bimbang tangan kanan wanita itu ringan mencubit lengannya pula.

"Macam mana nak berlaki kalau buat kerja dapur pun melongo? Ikan tak pandai beza, sayur apatah lagi. Baru suruh bancuh ayor tapi serupa berperang dengan sudu." Usu Najda menggeleng berkali-kali. "Lambat lah bonda awak nak terima menantu gamaknya."

Tiara tersengih. Ada saja idea ingin menjawab. Main-main. "Bunyi maksudnya tengah buat kerja. Kalau nak nampak rajin, kena lah obvious sikit. Mana boleh buat sorok-sorok."

"Akal betul."

Mencebik. Sudah masak benar dengan perangai hantu Tiara sekiranya dibawa berdebat. Dulang berisi makanan serta minuman diangkat cermat untuk ke ruang tamu. Tiara tergelak sendiri selepas usu menjuih bibir. Punggung didudukkan di atas kerusi meja makan sambil menongkat dagu. Telefon bimbit di dalam kocek tracksuit dikeluarkan untuk memeriksa notifikasi. Terdetik hatinya untuk melayari internet berkenaan isu hangat di berita majalah hiburan hari ini. Headline dibaca. 'Hati Hardeen Daniel sudah dicuri? Siapakah wanita misteri berkenaan?'

Direktor syarikat terkemuka Estate Empire, Hardeen Daniel bin Haidar Saadi, 27, dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang wanita muda apabila sebuah klip rakaman video tersebar meluas di sosial media. Rakaman berdurasi pendek itu pada mulanya dimuat turun oleh 'anonymous' di laman blog Estate Empire SDN BHD.

Spekulasi daripada orang awam semakin parah setelah persidangan tidak rasmi dibuka oleh Tuan Hardeen Daniel sendiri. Beliau bersedia untuk melangkah ke fasa berlainan selepas dikhabarkan tidak mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana wanita dan menegaskan untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Walau bagaimanapun, Tuan Hardeen Daniel masih belum memberi kenyataan rasmi tentang wanita tersebut di mana-mana media.

T I A R AWhere stories live. Discover now