Bab 1

6K 321 7
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Tiara

GUGUSAN kunci dicapai dari penyangkut. Sebiji donat berinti coklat disuap ke dalam mulut dengan gigitan nikmat. Dalam sibuk-sibuk mengunyah, sempat juga kornea mata menatap jarum jam di dinding.

"Oi bedah, dah dah lah tu bersoleknya... Dah jam tujuh setengah kau tahu tak? Sikit-sikit dah ler..."

"Ya, aku nak siap dah ni. Sabo!"

Rambut yang masih lembap membuatkan penampilannya kurang kemas. Penyepit rama-rama dicapai dan dimasukkan ke dalam tas tangan. Tiara sudah kelam-kabut. Kardigan kait dicapai dari almari dan dikenakan pada tubuh. Tidak cukup dengan itu, gincu berwarna nude dioles selepas menacap bedak kompak di muka. Puas menatap penampilan di cermin, minyak wangi Enchanteur disembur pada tubuh.

Hari ini merupakan hari terpenting buat Tiara setelah sekian lama bergelar penganggur berjaya. Raih saja nama sebagai graduan Universiti Teknologi Mara, dia lebih banyak meluangkan masa di rumah dan membantu Puan Diana dan Usu Najda meniaga kecil-kecilan. Beberapa bulan selepas itu, peluangnya terbuka luas apabila surat tawaran bekerja di Kiara Trading terselit di peti surat.

Dalam mencari arah hidup yang lebih stabil, dia dan bonda reda dengan ketentuan Allah SWT setelah ayah menyahut seruan ilahi. Pengajian ke peringkat sarjana muda terus dilupakan begitu saja. Dia lebih kuat menanam impian untuk menyenangkan bonda dengan melakukan beberapa kerja sampingan selain mengharapkan gaji bulanan di Kiara Trading. Apa lah sangat setakat RM 1,500 untuk menampung bil dan keperluan mereka setiap bulan dengan keadaan ekonomi yang berhadapan dengan inflasi? Duit simpanan pencen yang ditinggalkan oleh arwah ayah serba-sedikit boleh dibuat modal untuk berniaga.

Mujur Usu Najda baik hati untuk menghulurkan bantuan dan menjaga bonda. Demi mengubah ekonomi keluarga, dia sendiri perlu mengorak langkah besar ke hadapan. Dia cuba mencari peluang pekerjaan di laman sesawang yang sahih untuk mencuba nasib. Kalau hendak tunggu bulan jatuh ke riba, berkicap lah ketiaknya menunggu sampai ke sudah. Impiannya besar, pengetahuan yang dipelajari takkan hendak dibazirkan begitu saja?

Rezeki Allah SWT takkan pernah terjangkau dek akal manusia. Dia diterima pula untuk menghadiri temuduga di salah satu syarikat ternama di Kuala Lumpur. Sempat juga lah mereka anak-beranak buat drama menadah air mata. Mana pernah sekali pun dia berjauhan dengan keluarga. Mujur pula kawan baik zaman persekolahannya sudah sebulan menetap di ibu bandar. Tidak perlu dia bersusah-payah menyewa bilik.

"Dekat pukul tujuh setengah dah ni... Laju lah Tiara oi!"

Tersentak Tiara dari lamunan kerana bisikan nyaring Farzana bagaikan berkibar di tepi telinga. Fail berwarna merah jambu di atas meja solek dikepit dicelah ketiak. Laju kakinya melolos keluar dari kamar dek terpukul dengan jeritan gadis itu. Kalau diletakkan Farzana di tengah-tengah bendang, semua burung pipit lari bertempiaran kerana ketakutan. Pagi-pagi kalau tidak menyinga memang bukan Farzana lah!

"Tak lari pun kedai bunga tu. Aku dah siap ni."

"Memang lah tak lari. Dah lah hari ini supplier datang hantar stok! Kau tu dah tahu hari ni interview, set lah alarm. Nak jugak aku jadi alarm rosak pagi-pagi kan? Dah nak terberak, dan dan lah nak korek lubang!"

Tiara tersengih sendiri. Semalam baru saja dia tiba ke Kuala Lumpur, penat di tubuh pun masih bersisa. Meletup pula bebelan Farzana di pagi ini. Kata dah lambat, tapi sempat pula membebel macam mak nenek!

"Aku cakap, sengih... Kau ingat sengihan kau tu boleh bagi aku untung ke?"

"Yalah Farza... Daripada kau bebel macam mak nenek, baik kita gerak sekarang. Kalau lambat nanti, kau pula yang ganti aku jadi penganggur berjaya. Nak ke?"

T I A R AWhere stories live. Discover now