Bab 20

3.1K 221 27
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

"KETINGGALAN kau ni. Takkan lah kau tak tahu? Tan Sri memang ada seorang lagi anak lelaki. Tapi aku dengar khabar, anak sulungnya tu tak sama dengan satu lagi. Sebab itu Tan Sri sorok!"

Tercebik-cebik Jenny menyampaikan gosip hangat yang tersebar di serata Estate Empire. Semenjak berita kemunculan Encik Harrez menjadi buah mulut, ramai pula detektif tidak berbayar menjalankan misi mengorek informasi tentang lelaki berkenaan.

Hal ini semakin sensasi apabila lelaki itu menjawat posisi biasa dan bukannya sebagai salah satu ahli lembaga. Segelintir beranggapan bahawa Encik Harrez menolak menyandang pangkat tinggi kerana ingin belajar dan bermula dari bawah. Peratus selebihnya mengatakan lelaki itu dipaksa berkhidmat asbab kehadirannya yang muncul secara tiba-tiba.

Beberapa teman sekerjanya yang berada di jabatan Undang-Undang turut berkongsi cerita. Encik Harrez akan dipindahkan dari legal secretary ke bawah kawalan eksekutif pemasaran tidak lama lagi setelah lelaki itu menyampaikan minat untuk berada di bidang penjualan pemasaran. Berita tersebut didengari ahli lembaga dan mereka telah menerima cadangan itu selepass mendapat kelulusan daripada Tuan Hardeen. Mungkin agenda disebalik kedatangan Encik Harrez kerana Tan Sri ingin mereka berdua menguruskan Estate Empire.

"Masalahnya sekarang ni, kau dengar cerita tak yang Encik Harrez tu zero? Langsung tak tahu soal hartanah. Takkanlah duduk luar negara menjoli aje? Katanya dulu belajar di rantau."

Ujar Hanis menghangatkan lagi sesi membawang yang sedang berlangsung. Makin seronok lah Jenny kerana mendapat modal untuk diceritakan kepada teman-temannya yang lain nanti. Tidak kisah jikalau hal itu mengaibkan mangsa, asalkan hatinya senang.

"Kau biar betul? Eh, tak percayalah aku!"

Suara nyaring Jenny menarik perhatian beberapa pekerja berdekatan. Mujur kubikel mereka saling berhadapan, memudahkan sesi membawang berjalan lancar. Badan dilonjak ke depan, membisikkan sesuatu kepada teman-temannya.

"Mana kau tahu Nis?"

"Aku dengar cerita, memandangkan kawan aku yang kena handle tasking untuk Encik Harrez."

Hanis menyakinkan. Jenny menonjolkan reaksi ingin tahu, sudah siap sedia untuk mengorek cerita sensasi berkenaan jejaka berkenaan. Biasalah... Kalau sesi membawang sudah bermula, pasti tiada hentinya. Masing-masing berkobar-kobar untuk membuat dosa kering meskipun Islam menegah.

"Sepanjang kawan Kak Nis handle, ada jadi apa-apa ke?"

Zulin menyoal. Panasaran kerana ura-ura yang didengari oleh orang lain sangat berbeza dari cerita yang disampaikan Hanis. "Lin dengar lain sangat. Dia orang cakap, Encik Harrez buat kerja pantas. Kacak pula orangnya."

"Eh tapi apa yang saya dengar, lain. Saya dengar, ada orang yang buatkan kerja Encik Harrez. Maklumlah anak pemangkin syarikat, mestilah semua pakat tunduk hormat." Danisha menambah rencah. Semua yang mendengar turut terlopong.

"Biar betul?"

Derapan kasut tumit tinggi kedengaran dari arah bertentangan dan gerangan tinggi lampai maju kepada mereka sambil mencekak pinggang. Jenny dan Hanis kecut perut sambil memandang sesama sendiri. Keadaan yang sudah panas semakin hangat walaupun penghawa dingin hidup. Perasaan takut dan bimbang menyelimuti diri mereka tatkala wanita itu berdiri statik bersama riak ketat. Masing-masing kelam-kabut dan berpura-pura melakukan tugas.

"You guys must have lots of free time on your hands."

"Morning Jes."

Jesnita berpaling ke kanan. Sosok tubuh tegap Hardeen yang melintasi di sisi bersama senyuman ringkas hanya dibalas dengan lorekan kecil. Penampilan lelaki itu semakin kacak hari demi hari, dan dia tidak mampu menidakkan rasa teruja di hati tika bertatapan mata. Wangian Hugo Boss yang sentiasa melekat di tubuh lelaki itu bagai menghidupkan adrenalina di dalam darahnya. Walaupun begitu, reaksi di wajah masih di dalam kawalan. Perhatian dipusatkan semula ke arah pekerja-pekerja tersebut dengan wajah berlagak.

T I A R AWhere stories live. Discover now