Bab 10

3.2K 211 13
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Yaqin dan Yazmin

BUNYI kicauan sekumpulan burung berterbangan gemersik menyanyikan melodi indah. Kelopak mata dipejam rapat, membenarkan ketenangan yang dialami tika ini merasuk ke dalam fikiran dan juga tubuh badan. Cahaya oren dari celahan bukit-bakau mula memancar terang menandakan hari sudah semakin senja. Di dalam kotak fikiran masih lagi terganggu dengan kepulangan ke Kuala Lumpur pada hari esok. Hati ini begitu berat sekali untuk meninggalkan kampung halaman yang sentiasa berasa dekat di hati.

Farzana sudah pulang pada hari ahad yang lalu jadi tinggal lah dia di sini yang masih lagi di dalam zon 'cuti'. Lepas ni pagi-pagi telinganya takkan lagi tadah bunyi ayam berkokok tetapi bunyi salakan anjing di bawah flat.

Rambut yang dibiarkan lepas tertindih dengan satu fabrik di belakang badan. Laju Tiara mencelikkan mata apabila kehadiran seseorang meragut ketenangannya.  Mata Tiara membulat, pancaindera mereka akhirnya bertamu buat kesekian lamanya. Kelu. Lelaki itu menguntum senyuman mesra.

"Ara sihat?"

"Sihat."

"Yaqin datang sorang je, ambil angin. Mas tak ada." Bicara bersambung. "Kenapa Ara tak datang semalam?"

Yaqin melemparkan pandangan ke arah laut yang terbentang luas. Riaknya mungkin nampak tenang, tetapi dalaman ini sudah hebat bergelora. Dia tidak menyangka hajatnya untuk bertemu Tiara akhirnya kesampaian. Gadis itu semakin cantik dan mendebarkan jiwa. Terdera sungguh hati ini apakala mengimbau kembali keputusan bodohnya suatu ketika dahulu.

Sekiranya masa terputar, takkan pernah sekali pun terdetik di hatinya untuk melepaskan Tiara pergi. Lebih-lebih lagi dia sentiasa merasa seperti juara dikalangan pemuda-pemudi yang cuba merebut perhatian Tiara. Siapa yang tidak berbangga memiliki primadona kampung?

"Ara sibuk sikit, tak sempat tengok Yaqin dengan Mas naik pelamin. Tahniah, Ara doakan Yaqin dan Mas bahagia sehingga ke anak cucu."

Ucapan ramah dari Tiara seolah-olah tidak terkesan langsung dengan berita perkahwinannya bersama Masliyana. Yaqin menarik nafas panjang, sedikit terpukul dengan reaksi Tiara. Gadis itu masih lagi memerhatikan hempasan ombak di gigi air.

"Mas bukan pilihan Yaqin, Ara. Mak yang pinangkan dia untuk Yaqin. Yaqin tak pernah rela dengan perkahwinan ni."

Tiara terdiam membisu. Agak terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh Yaqin secara mendadak. Dia kurang pasti dengan agenda lelaki itu. Jadi? Apa kaitannya dengan ketidakrelaan Yaqin? Mereka bukannya ada hubungan istimewa. Pergi lah habaq dekat mak dengan bini hang.

Kening Yaqin berkerut seribu dan tubuh dibalikkan menghadap Tiara. Jari-jemari runcing itu digenggam lembut dan gadis itu bereaksi kaget. Mungkin tidak menjangka bahawa dia akan berkelakuan sedemikian.

"Yaqin masih sayangkan Ara. Perasaan Yaqin pada Ara masih sama. Sedikit pun tak pernah berubah. Yaqin tahu Yaqin banyak sangat salah pada Ara. Yaqin tinggalkan Ara macam tu je tapi sekarang kita dah boleh bersama semula sayang."

Genggaman Yaqin ditepis. Terkejut beruk Tiara mendengarnya. Apa masalah dengan Yaqin ni? Biul ke?

"Yaqin merepek apa ni?"

Tiara membidas dengan nada kurang senang. Jantungnya berdegup kencang. Kaki didirikan dan sweater milik Yaqin di bahunya terlurut ke bawah menciumi pasir pantai. Lelaki itu turut bangun dan laju memaut lengannya. Tiara menepis kasar bersama gigilan kecil. Anak mata mereka bertentangan tepat.

T I A R AWhere stories live. Discover now