Bab 5

3.4K 214 13
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Siti Farzana

JARI-JEMARI runcing menaip laju pada papan kekunci sekali-sekala tangannya beralih menyelak helaian setiap kertas di dalam fail yang sudah kemas di laminated. Tiara membetulkan urat saraf di lehernya yang terasa sengal setelah agak lama posisinya kekal keras sebegitu. Nescafe instant 3 in 1 yang dibawa oleh tea lady buat para staf diteguk suku. Kali ini, sudah masuk tiga fail yang sudah diteliti tapi dia tidak pasti bahagian mana yang masih lagi harus dibetulkan setelah disahkan oleh Encik Sean Aqasha. Waktu rehat sudah berlalu tanpa disedari kerana dia sibuk fokus dengan tugasan sehinggakan Zalia memarahinya untuk berehat seketika.

Sementara menunggu kertas kerja difotokopi pada mesin printer, sempat Tiara mengambil dua plastik biskut jenama lexus dalam balang kaca di dalam pantry untuk mengalas perutnya yang kosong. Sudah seminggu khidmatnya diperlukan sebagai pekerja tetap di Estate Empire dan dia agak berbangga dengan pencapaian tersebut.

Minggu kedua, dia sudah diarahkan oleh pihak atasan untuk terbang ke negeri lain bagi melakukan urusan harta yang melibatkan pajakan kediaman dan juga inspection di negeri Johor tetapi kedua-duanya dalam daerah yang berbeza. Pengalaman tersebut sememangnya sangat berharga lebih-lebih lagi dia dapat meningkatkan ilmu secara fizikal dan Encik Sean tidak lokek berkongsi informasi.

Malah, ilmu sebegini bukan sahaja memberikan keuntungan untuk berurusan dengan pihak klien tetapi juga memberikan kelebihan buatnya dalam memilih harta yang lebih berbaloi untuk ditekankan dari segi price, cost, value dan market. Pengetahuan sebegini membolehkan seseorang tersebut berjaga-jaga agar tidak terpedaya dengan tipu helah pihak agensi yang tidak berdaftar. Untung kan?

Beberapa helai kertas kerja yang sudah siap difotokopi disusun mengikut urutan sebelum dimasukkan ke dalam fail. Senyuman dibalas sebaik sahaja dia melalui kubikel pekerja lain yang menyapa mesra dan sampai saja di workstation, tubuh dihempas pada kerusi beroda. Kakinya bertapak sebentar di atas kerusi kecil di bawah meja dan dipicit-picit tulang di belakang leher yang sedikit tergeliat. Fuh, penat pada tubuh memang tidak boleh dikira dengan jari.

"I told you before. Kau saja yang suka jual mahal."

Suara garau seseorang yang semakin lama semakin jelas di gegendang telinga membuatkan Tiara kembali membetulkan posisi kedudukannya. Tubuh didirikan sebaik sahaja figura Encik Sean Aqasha bersama seorang lelaki yang segak berkemeja dan dilengkapi vest datang bertandang. Kepala ditundukkan tanda hormat. Tidak semena-mena,pancainderanya bertembung dengan sepasang mata ber-iris hazel itu tanpa sengaja.Lelaki itu melemparkan renungan tidak mesra.

"Oh yes, Tiara... You dah double check file yang I beri you pagi tadi?"

Tiara mengangguk bersama senyuman. "Dah Encik."

"Good. I'll just like a quick look over the file, so just make sure everything's in place." Arah Sean dengan lembut tetapi masih tegas. Matanya terarah kearah lelaki itu semula. Dia tidak pernah terserempak dengan kawan Encik Sean Aqasha dimana-mana selepas kejadian di lif berlaku. Agaknya lelaki ini pekerja dari department lain kut?

Tapi mengapa moody benar raut itu apabila melihatnya? Hai, takkan simpan dendam lagi kut?

"Baik, Encik."

"One more thing, you boleh minta tea lady hantarkan dua gelas jus? Beritahu dia lebihkan senyuman jangan mencuka. Thank you, Tiara."

T I A R AWhere stories live. Discover now