Bab 43

555 61 28
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka

Media
Jera - Agnes Monica

KEPEKATAN malam tidak berhiaskan bintang. Hembusan angin yang menderu-deru tidak mampu menyejukkan hati yang sedang berbahang akibat amukan berbagai rasa. Tiara memeluk tubuh, memandang panorama kota Kuala Lumpur waktu malam dengan hati berat. Hampir lima belas minit mereka menyepi tanpa kata selepas tiba di lokasi. Bezanya, situasi lalu terasa diawang-awangan, disuntik perasaan cinta yang begitu mendalam bagaikan dialah wanita paling beruntung di dunia. Kini berlainan. Dia bersetuju untuk berjumpa setelah lelaki itu turut ingin menyampai kata, mungkin menuntut asbab kediamannya kebelakangan ini.

Pucuk kesakitan bertunas. Makin lama makin membesar, subur dan berbuah. Sukar sekali untuk dia menelan kenyataan yang dibongkar Jesnita kepadanya. Mengenangkan setiap yang terjadi berpunca daripadanya, dunia bertukar gelap gelita. Mungkin, mungkin itu salah satu sebab Hardeen memilih untuk berahsia. Selagi berdegil dan bongkak dengan kekacauan, semuanya bakal menjadi buruk kerana mereka memang tidak pernah ditakdirkan bersama.

Langit dilihat kosong, menjemput kedinginan dari angin sepoi-sepoi untuk mengusap wajah. Sesekali nafas terhela lebih berat. Kedamaian dari alam tidak berjaya menenangkan hati selagi fikirannya kuat menjerit. Menyalahkan diri. Sentuhan tapak tangan di bahunya memaksa Tiara untuk menoleh. Sepasang iris hazel itu memanah tepat anak mata, menyelami segala keresahan yang terbendung. Waima begitu, mereka serupa. Sama-sama menanggung sesuatu yang tidak pasti.

Hardeen menghembus nafas. Dia tertanya dengan perubahan Tiara. Sinaran mata bulat itu tidak lagi mempamerkan kilauannya. Dia cuma berharap gadis itu sudi untuk berbicara dari hati ke hati bagi menyelesaikan isu yang terperangkap di kepala. Dia tidak suka melihat Tiara terganggu dengan hal remeh-temeh apatah lagi dibebani perasaan tidak tenteram.

"You know this is not going to be solved if you keep putting distance between us. Kenapa ni Tiara?"

"What if I said the same thing to you?" Tiara membidas tanpa timbulan riak. Nadanya kedengaran bersahaja. "You're the one who keeps avoiding me. Why don't you come talk to me instead of playing this silly game?"

"I don't understand your point." Berkerut dahi Hardeen apabila jawapan Tiara dibalas dengan keselarian soalannya. "This is not about who's avoiding whom. Look, let's not point fingers and instead focus on actually fixing this. Can we sit down and talk about it?"

"I tak nampak perbincangan memulihkan keadaan, Hardeen. Kalau dari awal lagi you dah tolak I jauh, bahagian apa lagi yang tinggal untuk kita? I'm not sure how we can move forward when it feels like we're starting from zero again."

"Tiara..."

Hardeen diasak perasaan takut menggila. Lidah kelu, mindanya kosong. Dia seakan-akan boleh mengagak perjalanan perbualan ini bakal meluncur ke sebuah destinasi buruk. Dalam keadaan yang belum seratus-peratus rasional membuat keputusan, dia cuma berharap semua yang terjadi di fikiran tidak akan berlaku. Jari Tiara cuba digenggam, namun gadis itu laju mengelak. Halkum Hardeen bergerak.

"Jangan terlampau ikut perasaan marah. Kita boleh selesaikan cara baik."

"Sampai bila you nak berahsia dengan I, Hardeen?" Pantas Tiara membidas. Tegang. Reaksi Hardeen sedikit berubah, mungkin tidak menyangka dengan tuturannya. "Sampai bila you nak lindungi I dari kenyataan? Sampai bila? I tak berhak untuk tahu?"

"I'm not sure what you're trying to say."

Tiara mengangguk namun air muka jelas menunjukkan kekecewaan. Masih mengelak. Mengelak dan terus mengelak. Tidak layakkah dia mengetahui kebenaran di pihak Hardeen? Apa lagi yang dirahsiakan lelaki itu? Sampai bila mereka perlu bersembunyi di zon selesa masing-masing?

T I A R AWhere stories live. Discover now