Bab 8

2.9K 199 5
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Nur Zalia

Kepulan awan hitam di langit mula memunculkan diri sehingga suasana menjadi mendung. Hujan rintik-rintik akhirnya membasahi bumi dengan lebatnya. Anak mata Tiara meliar memerhatikan kereta-kereta yang kian perlahan berasak kerana tersekat dalam lalu lintas. Bulu roma di lengan yang kian menegang digosok untuk menghasilkan haba. Jam yang menunjukkan jarum di angka tujuh setengah pagi membuatkan jiwanya lebih tertekan. Macam mana kalau dia tak sempat sampai pada tepat waktu?

Itu lah, semalam bukan main tidur tak ingat dunia. Sudahnya, waktu malam Tiara sibuk bertukar menjadi burung hantu. Dia pula terlupa untuk menghidupkan telefon bimbit sebelum kantuk menjengah pada jam empat pagi. Mujur Farzana terjaga disebabkan terkejut dengan bunyi jam loceng dari ruang tamu. Kalau tidak, memang ranap lah mereka berdua hari ini. Masing-masing ambil surat cuti sakit dari klinik sebagai alasan ketidakhadiran.

"Cepat lah Farza... Kau potong aje lah kereta depan tu." Tiara bersuara tidak sabar. Acara sembang jenaka di radio tidak mampu menenangkan hati. Mahu saja dia berlari di tengah-tengah hujan begini sehingga sampai ke ofis.

"Bahaya lah... Tak nak aku." Farzana menggeleng enggan. "Ofis kau depan tu je Tiara. Lepas lampu isyarat ni sampai lah... Bawak bertenang sikit boleh tak?"

Tiara berdecit. Bergoyang-goyang kakinya mengikut rentak bunyi wiper. Farzana mula menekan pedal minyak setelah lampu isyarat bertukar hijau. Stereng kereta dipulas ke kiri lalu kereta diparkir di tepi bangunan Estate Empire. Gear ditarik. Keretanya tidak berjaya untuk melepasi kesesakkan beberapa buah kereta yang ingin menggunakan jalan serupa di hadapan. Kalau ikut kepala ting tong nanti, tidak fasal-fasal Proton Iriz miliknya selamat mencium bontot kereta lain.

"Aku tak boleh hantarkan kau sampai bumbung tu, Tiara. Kereta tak lepas ni. Aku risau tercium bontot kereta lain."

Anak matanya tidak lepas memerhatikan beberapa buah kereta yang mulai melolosi masuk ke dalam kawasan Estate Empire. Gila, memang jammed teruk! Macam mana keretanya mahu keluar dari sini pun dia tidak pasti. Walaupun terdapat pegawai keselamatan yang menjaga laluan daripada sesak, mereka masih lagi tersangkut kerana dihalang oleh beberapa buah kereta di belakang dan di hadapan.

"Tak apalah aku lari ajelah sampai bumbung tu. Tak jauh pun." Tiara beralah. Kalau dia terus menunggu di sini, memang kena potong gaji lah sebab lambat thumb print. Dua buah fail dimasukkan ke dalam beg bersaiz sederhana besar. Risau barang-barangnya basah!

"Kau ada spare payung tak dalam kereta?"

"Itu lah masalahnya. Anak buah aku guna haritu tak tahu pula dia letak dekat mana." Farzana masih lagi mencari payung di seat belakang dan objek yang dicari tidak juga dijumpai. Posisi tubuh dibetulkan semula untuk menghadap kearah Tiara.

"Kau nak lari ke Tiara? Lebat ni... Tunggu lah lima minit lagi."

"Dah pukul tujuh lima puluh Farza. Memang tak jadi lah kerja aku kalau duduk di sini. Thank you hantarkan aku."

"Kau biar betul? Lebat ni. Kuyup kau nanti."

"Iyo takpo. Kau drive baik-baik."

Tiara menyiapkan diri seraya pintu Proton Iriz dikuak. Laungan Farzana yang memanggil namanya samar-samar kedengaran akibat ditenggelami bunyi hujan. Kedua-dua belah kaki berlari kecil di laluan pedestrian sambil melindungi kepalanya dengan beg kulit. Namun malang tidak berbau, luncuran sebuah kereta mewah yang sengaja mengelipkan high beam berkali-kali menyimbah air lopak ke figuranya sehingga basah kuyup. Splash! Tiara terkedu namun meneruskan lariannya sehingga ke laluan berbumbung.

T I A R ATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon