Bab 16

2.9K 202 26
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

DERUAN penghawa dingin yang berpusu-pusu menghentam permukaan kulitnya menaikkan suasana yang agak janggal. Bau ubat-ubatan menusuk ke dalam hidung. Bunyi tapak kaki gerangan di hadapan semakin mendekat. Tiara menikus, begitu juga dengan Hardeen setelah bersandar di dinding bersebelahan katil rawatan gadis itu. Mereka saling menentang mata meskipun dalam keadaan membisu.

"We need to talk Miss Tiara."

Tiara berfikir sejenak. Mereka berdua tidak mempunyai sebarang urusan, jadi apa sebenarnya yang mahu diperkatakan Tuan Hardeen?

"I tiada urusan dengan tuan, jadi rasanya tiada apa-apa yang perlu dibahaskan." Jawab Tiara berani namun terdapat sedikit gegaran dalam tutur katanya. Masalah apa lagi yang bakal dia hadapi selepas ini? Dia tidak mahu terlibat dengan lelaki ini kerana setiap permasalahan yang menimpa dirinya pasti ada hubung kait bersama Tuan Hardeen.

Yang pertama adalah tika dia dimalukan di dalam kumpulan blog syarikat sehingga namanya menjadi bahan jenaka. Yang kedua, dia bermandikan air jalan dari kereta Tuan Hardeen sewaktu bumi dilandai hujan. Kali ketiga pula dia hampir menjadi mangsa cabul Encik Fahmi. Serik. Lebih baik dia jauhkan diri daripada terus ditimpa malang.

Tiara menyambung. "Tuan jangan risau, I tak cari masalah dengan tuan atau langgar undang-undang yang termaktub di dalam syarikat. I dah belajar dari kesilapan, So, consider ajelah tiada apa-apa urusan antara kita."

Hardeen memberi ruang untuk gadis itu meluahkan rasa. Mata bulat itu ditenung dalam. Tangannya berpeluk tubuh, kepala disengetkan dengan reaksi bosan. "Hei."

Tiara mengangkat kepala.

"Can you at least thank me?"

Situasi semakin janggal. "I owe you nothing, so why should I thank you?"

"I told you I wouldn't save you twice, didn't I?"

Hardeen menjongket kening. Diriannya dibetulkan menghadap Tiara berteleku tegak di atas katil sambil memandangnya. Wajah gadis itu terpapar pucat lesi, mengundang perasaannya untuk mengetahui kesengsaraan disebalik sepasang mata bulat yang sentiasa bersinar. Hardeen mengalihkan anak mata.

Namun, disebalik kebaikan yang dihulur, pasti ada racunnya juga. Disebabkan Tiara, dia harus bergaduh besar besar bersama teman baiknya. Disebabkan seorang perempuan dia perlu menolak Sean jauh ke luar negara untuk memenangi pertaruhan ini. Erti kalah tidak pernah tercoret sedikit pun di dalam kamus hidupnya. Itulah sifat dominannya dari dulu lagi.

"You owe me that much. My help doesn't come without a cost, Miss Tiara."

Mahu tergadah Tiara jadinya. Dia termakan permainan licik Tuan Hardeen Daniel. Lelaki itu punya hati busuk seperti bangkai. Budi baik tragedi sebelum ini pun antara salah satu permainannya. Dia saja yang bodoh tidak sedar akan hal berkenaan. Ya Allah, bala apa lagi yang perlu dia hadap sekarang ini?

"I see, so you think I owe you for all the times you saved me? I guess you did help me a lot, but let me remind you of one thing. Pada I, I tak terhutang satu apa pun dengan tuan. Kalau tuan fikir tuan boleh perkotak-katikkan I disebabkan pangkat tuan, tuan silap." Baru sahaja kaki ingin menstabilkan dirian, Tuan Hardeen lebih pantas menarik tangannya untuk terus berlabuh secara kekerasan. Tiara menarik nafas panjang, dia masih mahu melawan tetapi malang sekali, kudratnya terlalu lemah untuk menentang kekuatan lelaki itu.

Wajah Tuan Hardeen dijeling. Tiara cuba merentap tangannya berkali-kali supaya dilepaskan. Sakit di hati bukan kepalang. Kenapa dia harus berhadapan dengan lelaki ini? Sungguh dia tidak mengerti motif sebenar Tuan Hardeen. Jika lelaki itu membencinya, mengapa harus berbuat seperti ini? Apa relevannya menuntut balasan daripadanya yang tiada kuasa, darjat mahupun harta? Sekadar untuk menunjuk-nunjuk? Gila.

T I A R AWhere stories live. Discover now