Bab 22

3.1K 206 29
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Bayu laut menghembus, kicauan burung menggamatkan sang senja. Cahaya mentari di sebalik bukit-bakau bertukar jingga, sekaligus melimpahkan keindahan alam yang indah nian. Senyuman manisnya tidak memudar di bibir. Bahagia, itu yang dirasakan. Dia tidak ingin memori ini terkubur. Rasa sayang dan cinta terhadap jejaka semakin menebal walaupun dia kalah dalam menjadi yang halal buat sang kekasih.

"Awak, kita nak pergi mana ni?"

Si lelaki tersenyum. Setiap langkah si gadis dipantau agar tidak tersungkur di pasiran pantai. Hembusan angin semakin kuat dari arah laut. Si lelaki segera membetulkan rambut si gadis yang berombak ditiup angin kencang.

"Lama lagi ke saya perlu pakai penutup mata ni?" Omel si gadis. Kakinya masih mengorak langkah mengikuti si lelaki. Bau bayu dan bunyi hempasan ombak terhidang jelas di hidung dan telinga. Si gadis mencuit sedikit perut si lelaki sebelum mereka sama-sama ketawa beriringan.

"Sabar sayang. Kita hampir sampai. Awak cakap nak hadiah."

Rajuk si gadis mengenangkan si lelaki terlupa akan tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-22 tahun. Si lelaki memberi alasan bahawa jamuan besar-besaran sempena hari kelahiran isteri si lelaki diraikan semalam. Kebetulan tanggal kelahiran mereka jatuh pada tarikh yang sama, dan itu membuatkan si gadis bersama sedikit kesal. Disebabkan si lelaki memohon untuk menjaga air muka keluarga, si gadis terpaksa bersetuju kerana tidak mahu si lelaki berasa sempit untuk memilih.

Hati si gadis begitu hampa kerana perjanjian di antara mereka termeterai. Hampir satu jam si gadis melangut di lokasi istimewa mereka, namun kemunculan si lelaki tetap tidak kunjung tiba. Kalau si lelaki memaklumkan hal ini di awal waktu, si gadis tidak perlu terus menunggu hingga lewat malam. Si gadis juga tidak akan ditahan oleh Polis Bantuan kerana kelewatan pulang ke kampus pada jam yang ditetapkan. Mabuk cinta. Perkara haram menjadi halal, yang dilaknat Allah SWT juga berlumba-lumba dilakukan.

Demi Tuhan, si gadis tidak pernah memilih untuk bercinta dan jatuh sayang terhadap lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga. Si gadis sanggup menjadi yang kedua sekiranya diizinkan isteri pertama. Hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga si lelaki tetapi cinta mereka lebih unggul dari segalanya.

Janji-janji yang dibibit si lelaki disimpan rapi di sudut hati. Si gadis percaya si lelaki akan mengotakan janji dan memenuhi kekosongan hati ini dengan lakaran indah. Cinta yang dijunjung separuh nyawa ini akan mereka perjuangkan bersama-sama meskipun si gadis dicemuh oleh masyarakat sebagai perampas.

Beberapa belon berwarna merah berbentuk hati diikat ketat pada sebatang kayu yang agak berat disisi meja. Persiapan sebuah meja makan yang diletakkan tengah-tengah pasiran pantai terlihat sempurna dari hasil dekorasi tangan si lelaki sendiri. Si lelaki tersenyum, kakinya perlahan-lahan melangkah di hadapan si gadis.

"Lama lagi ke? Kenapa awak berhenti?" Si gadis menyoal selepas genggaman pada lengannya tidak lagi terasa. "Awak? Jangan lah main-main."

Kedua-dua belah dibawa ke belakang tempurung kepala si gadis sebelum ikatan ribbon diloloskan. Si gadis mencelikkan mata apakala pandangannya tidak lagi terhalang. Mata si gadis membulat tanda tidak percaya, tangannya menekup bibir. Si lelaki melorek senyuman lebar dan kucupan ringkas hinggap di dahi si gadis. Mereka saling bertatapan.

"Selamat hari jadi sayang. Surprise! Awak suka?"

"Sayang..." Si gadis mengangguk. Sebak, matanya panas. Cairan mutiara bergenang di tubir mata.

"Saya takkan lupa hari jadi awak. Macam mana saya boleh lupa sedangkan awak yang paling teristimewa?"

Kali ini air mata si gadis menuruni laju kerana terharu bercampur gembira. Sisa kegeraman yang terbendung selama ini dilepaskan dengan tumbukan kecil di dada si lelaki. Kepala ditunduk, menyorokkan wajah banjir. Si lelaki tertawa besar sebelum tangan kesat itu mengusap rambut si gadis isyarat memujuk. Mereka berpelukan sambil tersenyum bahagia.

T I A R ADonde viven las historias. Descúbrelo ahora