Bab 15

2.9K 214 44
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Julia Foo

Sekali lagi aku diduakan, sekali lagi aku dihancurkan...Kerana cinta yang melukut teguh di hati, aku cuba membutakan mataku agar tidak terus berduka lara meskipun aku tahu diriku hanya lah kambing hitam buat menutup kekhilafan dirinya. Kenapa wanita itu juga yang kau memilih untuk bersama? Mengapa bukan aku, isteri kau yang sah disisi agama?

Kecewa, terhina, terluka... Semuanya menjadi satu bebola api yang menghempap diriku berkali-kali sehingga aku tersesat untuk mencari ketenangan yang diidami. Kau bilang baik-baik saja di hadapan orang tuamu tetapi hakikatnya. Allah saja yang tahu bagaimana realiti berdarah diantara kita. Aku cuba meracuni fikirannmu bahawa wanita itu bukan lah manusia sebaik malaikat tetapi diriku dicerca berkali-kali tanpa ihsan. Abang, kalau si dia ialah wanita yang baik, mengapa dia harus menjadi orang ketiga di antara kita?

Andai kehadiran aku membawa bala kepada pasangan itu, perjalankan lah aku kearah ketenangan tanpa kesulitan. Aku wanita yang mendambakan bahagia bersama suami tercinta namun langkahku tersepit antara permainan cinta tiga segi. Aku dan kau namun kau dan dia. Berulang kali aku berpesan kepada diriku agar coretan luahan ini hanyalah mimpiku disiang hari dan aku terjaga dalam keadaan yang baik-baik saja. Tetapi siapalah aku untuk mengenangkan fantasi di dalam realiti?

Wahai suamiku, andai saja kau membaca tinta ini pasti kau juga akan turut berduka. Aku tidak meminta harta mahupun kesenangan duniawi tetapi aku cuma menginginkan kesetiaan dan belaian kasih yang tulus daripadamu meskipun aku tidak berhak untuk memimpikannya. Aku sedar walaupun sehasta cintamu tidak akan pernahku genggam namun pengharapan di dalam hati masih menyala terang seakan bulan di waktu malam. Aku tidak menyalahkan takdir jauh sekali menidakkan qada dan qadar Tuhan tetapi persoalan di fikiranku semakin liar berterbangan. Adakah aku tidak layak merasai kebahagiaan atau aku terlalu tamak menginginkan sesuatu tanpa memikirkan natijahnya?

Tidak mengapalah abang... Benih-benih cinta yang sudah tertanam di dalam rahim ini akanku jaga dengan sepenuh kasih dan sayang walaupun kejadiannya adalah sangat hina. Aku rela menyerahkan segalanya kepadamu jikalau itu yang membuatkanmu berasa senang dan gembira. Andai saja episod berdarah ini hanya sekadar mimpi ngeri, aku berharap aku akan terjaga ke dunia realiti...

Julia Foo, 23 March 1992

Cairan jernih di tubir mata bergenang. Sekeping surat itu dilipat menjadi segi empat sama sebelum dimasukkan ke dalam sampul untuk ditempatkan ke dalam sebuah kotak rotan bersaiz kecil. Julia teresak lagi dalam keadaan tercungap. Kali ini dadanya terasa sempit dan pedih. Sayu sungguh hati ini memikirkan nasib diri yang tidak terbela. Haknya sebagai isteri dicantas oleh orang ketiga. Paling menyakitkan, dia langsung tidak dihormati oleh suaminya sendiri.

Wajah sang suami yang tenang beradu di atas katil dipandang dengan penuh kasih dan cinta. Perlahan-lahan, kakinya menapak mendekati Haidar yang nyenyak dibuai mimpi. Julia tersenyum dalam kedukaan. Dia tidak berkesempatan untuk mendekati lelaki itu sedekat ini jikalau mereka di dalam keadaan berjaga.

Haidar memberi amaran bahawa kedudukan mereka harus dijarakkan meskipun dia enggan menurut. Dia tahu dia mampu melembutkan hati yang keras itu jika kena dengan caranya. Dia masih mencuba namun usahanya seakan mencurah air ke daun keladi. Masih samar-samar dan gelap gelita.

Peristiwa sebulan yang lalu masih segar di dalam ingatan. Kini, benih-benih Haidar sudah tersemat subur di dalam tubuhnya walaupun dirinya dirogol secara rela. Dia bersyukur sekurang-kurangnya Haidar masih mahukan zuriat di antara mereka wujud. Dia tertunggu-tunggu kehadiran cahaya mata pertama setelah kandungannya mencecah usia satu minggu.

T I A R AWhere stories live. Discover now