Bab 42

2.9K 159 23
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Kasih Tercipta - Faizal Tahir

"They really like you, and this is like a once-in-a-lifetime kind of chance. You should definitely go for it. Your name is getting bigger by the minute after that fashion show."

Elliana mengiat. Dia berharap Tiara akan mempertimbangkan tuah-tuah yang datang bergolek. Semenjak berakhir pertunjukkan minggu fesyen, nama gadis itu naik mendadak dan menjadi sebutan para pengusaha dan pereka fesyen. Dia menerima banyak e-mel jemputan dari pereka jenama terkenal untuk menghadiri peragaan tertutup. Mereka semua menyatakan keinginan untuk menawar kontrak kepada Tiara sebagai duta produk kecantikan, pakaian, dan berbagai-bagai lagi kerana terpesona dengan aura semulajadi dari gadis itu.

Peluang keemasan seperti ini tidak patut disia-siakan kerana Tiara sangat berpotensi untuk melangkah lebih jauh. Ketinggian ideal, bentuk badan sempurna, malah wajah rupawan itu perlu berani memperluaskan lagi empayar untuk kemajuan diri. Figura Tiara yang duduk berteleku di atas kerusi untuk sesi pembersihan alat solek selepas penggambaran diperhati. Gadis itu nampak berat hati untuk memberi jawapan.

"It's an amazing opportunity, that much I understand. But I'm not sure whether I'm ready for this kind of attention, and the responsibility that comes with it. It's a lot to process."

Jawab Tiara jujur. Dia tidak pernah terfikir untuk meneruskan dunia peragaan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Dia hanya melibatkan diri untuk suka-suka, kontrak bersama Bonia sudah mencukupi untuk mendapatkan pengalaman baru. Cukup namanya melonjak kerana bersama Tuan Hardeen, dia tidak mahu namanya terpalit terlampau lama di media sosial.

"I know it seems like a lot to handle, but think about all the doors it'll open for you." Elliana mendapatkan kerusi di hadapan Tiara. Kening di jongket namun ukiran penuh makna bergantungan di bibir. "What's the worst that could happen?"

Selorek garis turut terbit di bibir Tiara tidak lama kemudian. Belum sempat dia balas, Elliana lebih maju memotong dengan riak ingin tahu. Mencucuk jarum.

"Ini tiada kaitannya dengan Hardeen kan? If that's the case, then he sounds like a real control freak." Elliana menjulingkan mata ke atas. Teringat semula reaksi Hardeen selepas mengetahui Tiara menerima tawarannya untuk menjadi model. Lelaki itu tidak berkompromi langsung sekiranya sesuatu memerlukan penglibatan Tiara. Macamlah kita nak jual girlfriend dia dekat Thailand.

"Dia punyalah halang you sebelum ni, tapi alih-alih terima juga. Tell me, this isn't all about him, right? Kalau ya, I nak pergi ceramah dekat Hardeen sebab halang you bersinar."

"Taklah, it's just me we're talking about here."

Tiara tampil memberi penjelasan. Tuan Hardeen sangat menghormati keputusannya selepas pergaduhan tempoh hari. Kalau lelaki itu jenis mengongkong, dia tidak akan berada di studio hari ini. Cuma Tuan Hardeen membuat permintaan untuk menjemputnya selepas sesi fotografi tamat kerana Elliana mempelawa untuk mengambilnya tadi. Hari ini sudah masuk hari ketiga mereka tidak bersua, lelaki itu semakin sibuk.

Mungkin itu salah satu sebab Tuan Hardeen turun menjemputnya di studio. Ucapan terima kasih diucap selepas Jenny siap membersihkan wajahnya. Tumpuan dialih kepada Elliana semula, bicara disambung. "I'm just not sure if I'm up for it. I'm not sure I want to deal with that level of scrutiny and criticism. And to be honest, I'm not sure I even want all that attention. I mean, it is exciting, I get it, but it's also intimidating."

"Just try to get my point, okay?" Tangan Tiara disentuh selepas Jenny pamit bergerak meninggalkan mereka berdua di dalam kamar yang dikhususkan untuk ruang solekan. "I tak minta you beri keputusan sekarang tapi cuba you pandang dari sudut positif."

T I A R AWhere stories live. Discover now