Bab 18

2.9K 211 18
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

DOKUMEN pemasaran dan penjualan rumah mengikut bulanan yang sejak dari tadi diselak helaian demi helaian membuatkan dahinya semakin berkerut seribu. Matanya sakit meneliti simbol negatif berwarna merah dari awal lampiran hingga ke bawah. Tidak berpuas hati dengan laporan tersebut, helaian seterusnya diselak lagi.

 Tidak berpuas hati dengan laporan tersebut, helaian seterusnya diselak lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Teruknya."

Ini pasti tidak dipantau! Sebab itu wujud segelintir pekerja yang mengambil ringan terhadap tugasan yang diberi. Gumamnya di dalam hati. Pelipis dipicit lalu Tiara menarik nafas panjang. Meluap-luap darahnya memeriksa satu-persatu informasi yang tentera di kertas kajang. Bukannya satu, tapi banyak! Kaedah penjualan majoriti lebih banyak rugi daripada mencekau keuntungan. Tiada penambahbaikan langsung. Cukup bulan tahu pula minta gaji.

Mustahil tiada yang perasan. Takkan pihak atasan sedikit pun tidak memantau tugas mereka ketika sesi mesyuarat dilaksanakan? Tiara menyoal sendiri. Atau 'mereka' membuat pemalsuan untuk membutakan mata? Wujud juga insan-insan tidak bertanggungjawab yang gemar mengambil kesempatan atas kesempitan untuk manfaat sendiri. Cuma mereka selamat dan tidak tertangkap atas jenayah etika yang dilakukan.

Butang interkom ditekan namun hampanya alat teknologi itu tidak berfungsi dan mengeluarkan bunyi arus elektrik deras. Soket yang menghubungkan gajet dinyahpasang dan ditarik. Dirian dibetulkan dan kakinya menyusun langkah menuju ke daun pintu. Tiara berdeham kecil untuk mencuri perhatian. Apabila anak mata bertemu, Jane mendongak dan berdiri sebagai tanda hormat.

"Eh, Cik Tiara. I tak sedar pula Cik Tiara panggil I. Is there anything I can do for you?"

"It's okay. I baru je keluar." Tiara tersenyum halus. Gadis itu mengangguk dan mula bertanyakan tujuannya semula. Tiara menyelitkan rambut di belakang telinga.

"Nanti boleh tak you tolong notify building maintenance untuk gantikan interkom di bilik I? I reached out to you earlier, but the connection seemed to be a bit faulty."

"Understood. I'll get in touch with them as soon as possible. Is there anything else you needed me to take care of?"

"You minta Suzy datang ke bilik I. Immediately. Please ask her to bring over the report she is currently working on so we can discuss a few things. I'd like to go over some details with her."

Jane tersenyum. "Baik Cik Tiara. Sebentar ya."

Tiara menggangguk dan ucapan terima kasih dihadiahi. Dia kembali membolos ke kamar dan kakinya bergerak ke satu sudut kabinet yang menempatkan barisan dokumen-dokumen di belakang workstation. Tas tangan yang ditempatkan di atas kabinet kecil itu dicapai dan zip ditarik. Telefon bimbit dicari. Fabrik lembut yang mengenai kulit jari-jemari segera ditarik keluar dan sehelai napkin bersulam berwarna biru muda terlayang di layar mata. Tiara mengerutkan dahi.

T I A R AOn viuen les histories. Descobreix ara