Bab 50

590 64 18
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka

Media
Ratu Dihatiku (OST Cun) - Arbain Fitri

ASAP dari tumisan di dalam kuali leper semakin hangit dan menghitam. Laju saja jari mematikan api dapur bersama batuk yang tidak berhenti menyinggah dan berlagu. Tangan naik mengipas udara, rasa menyengat menusuk tajam ke dalam rongga pernafasan. Tingkap nako segera dikuak untuk membiarkan udara luar keluar masuk melalui ruang pengudaraan. Ucapan salam dari pintu dapur berkumandang. Tiara memanjangkan leher bersama sudip di tangan tatkala kelibat Usu Najda terpacul di hadapan muka pintu dapur bersama jinjingan beg plastik. Keadaan ruang dapur yang dikuasai asap-asap nipis memedihkan mata. Mengucap panjang wanita itu melihat keadaan dirinya.

"Astaghfirullahalazim, kamu masak apa ni Ara sampai berasap satu dapur? Nak bakar rumah aku ni pula ke?"

Menjengah. Kelam-kabut. Laju kaki Usu Najda menyusun atur ke dalam rumah untuk memeriksa api dapur. Tergeleng kepalanya sebelum menyoroti figura Tiara yang hanya terpacak setempat bersama sengihan kelat. Penampilan gadis itu agak comot, rambut sedikit berserabai kerana berpeluh, apron dipaliti kesan-kesan percikan minyak dan kunyit. Mujur dia tiba pada tepat masa, kalau tidak, mahu terbakar dapurnya dikerjakan Tiara.

Dua minggu berlalu sekelip mata usai berita persidangan di kaca televisyen dilakukan. Dia cuba berkompromi dengan Puan Diana bagi memujuk Tiara pulang ke Lumut meskipun wanita tua itu berjauh hati. Sampai bila mereka harus berperang dingin? Walaupun perbuatan Tiara mengenepikan orang tua tidak boleh diterima, satu sudut yang terdalam di hati masih lembut untuk menanti dan memaafkan. Dia sudah menganggap Tiara seperti anaknya sendiri. Marahlah sebesar lautan sekalipun, kasih dan cinta yang tercorak buat gadis itu tidak mampu disangkal.

Rumah di kampung seberang yang menjadi tempat tinggalnya sewaktu arwah Tarmizi masih hidup diberi kepada pasangan itu untuk menginap. Tiara dan Hardeen berkeras untuk memberi sewa bulanan walaupun dia tidak meminta. Pertama kali bertentangan mata dengan lelaki itu mengusik jiwa keibuannya. Melihat dari kaca televisyen sehingga bertemu empat mata sangat berlainan perasaannya. Tidak dapat dinafikan, menantu Puan Diana sangat kacak parasnya dan berbudi bahasa. Lelaki itu pandai membawa diri dan jolokan buruk dari Puan Diana akibat perbuatan Tan Sri Haidar Saadi tidak selaras sama sekali. Sangat berbeza malah sejuk pula matanya memandang figura tinggi lampai itu setiap kali berkunjung.

Waima begitu, peperangan emosi antara Puan Diana terhadap Tiara dan Hardeen masih belum mencapai titik noktah. Dia memahami jika wanita itu terkilan akan keputusan Tiara untuk berkahwin di tanah siam dan mengenepikan mereka berdua. Ibu mana yang boleh menerima sekelip mata? Tiada. Lebih-lebih lagi Tiara saja anak tunggal yang dikendong selama sembilan bulan, dan mereka pernah bersama-sama memasang angan untuk membuat persiapan gilang-gemilang sekiranya puteri mereka disunting. Nasi sudah terlajak menjadi bubur. Mulut-mulut orang kampung semakin rancak berbunyi selepas kedatangan pasangan itu ke sini.

"Kamu masak apa pula kali ni sampai berkarat kuali tu Ara, oi. Dah banyak kali usu ajar menumis, tapi ini bukan tumis bumbu tapi tumis kuali! Berkerak. Jenuh nak menyental kalau ghupe ini."

"Manalah Ara tahu. Ara ikutlah step by step usu ajar. Minyak tadi merecik-recik lepas Ara masukkan bumbu, Ara tunggulah sampai habis merecik." Tiara membela diri. Berkerut dahinya. Segelas air yang sudah tinggal suku di atas singki ditunding. "Ara ingat kalau letak air boleh redakan sikit. Tapi makin teruk pula tadi."

"Mana maunya letak air masa minyak tengah meledak budak bertuah oi!"

Suara Usu Najda memetir tanpa isyarat. Geram pula telinganya mendengar penjelasan tersebut. Sepinggan telur mata yang digoreng Tiara sedikit hangit dan hancur. Melihatkan sos cili yang terbuka penutupnya, dia dapat mengagak gadis itu ingin memasak menu seperti sebelumnya. Nafas panjang ditarik. Sakit sungguh matanya melihat keadaan di dapur ini. Dia sebolehnya mahu gadis itu berdikari dan belajar menggalas tugas sebagai isteri. Sudah tahu diri itu belum penuh dengan ilmu rumahtangga di dada, tetap gatal mahu bersuami.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

T I A R AWhere stories live. Discover now