Bab 12

2.6K 192 16
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

TUBUH dikalihkan menghadap paparan pemandangan bangunan mencakar langit di kota Kuala Lumpur melalui cermin kaca. Hardeen berpostur santai, matanya tertumpu kearah dada namun otaknya melayang mengingati seseorang yang kerap muncul di kotak fikiran. Hujung pen diketuk perlahan di dahi, sebal kerana fokusnya mudah terganggu sejak kebelakangan ini. Kerja yang sepatutnya disiapkan pada pagi ini tergendala hanya kerana 'sebutir Tiara'.

Helaan nafas dihembus perlahan. Semakin dia cuba untuk melupakan, semakin kuat senario bayang-bayang Tiara bermain di layar minda. Kertas kerja yang bertaburan di atas meja seakan-akan menambahkan lagi kekusutan yang melanda. I swear to God, what the hell is wrong with you? Hardeen berdecit, memarahi dirinya sendiri. Kadang-kala suara tangisan sayu yang pernah didengari dua hari lalu bersahut-sahutan di kepala. Hatinya terdetik satu perasaan berat dan sempit. Sungguh dia tidak mengerti.

Bunyi interkom menerbangkan lamunan Hardeen yang semakin terbang tinggi ke angkasa. Bayangan Tiara terhapus serta-merta seraya dehamannya berlagu bagi mengekalkan keseriusan nada. Butang interkom ditekan untuk menyambung panggilan. Suara Qaisara menjengah.

"Miss Jesnita wants to meet with you, Mr. Director. Shall I let her in?"

"Yes, by all means, you can go ahead and let her in."

"Noted, Mr. Director."

Daun pintu terkuak dari luar dan serentak dengan itu batang figura Jesnita menapak dengan lenggokan menggoda. Gadis itu mendekati dan memilih untuk melabuhkan punggung di penghadang kerusi roda miliknya. Hardeen menayang reaksi dingin, tidak selesa dengan posisi Jesnita yang ternyata terlampau mesra.

"What's the deal with you showing up?"

"Lunch dengan I hari ni, boleh?"

Lunak suara Jesnita memujuk sambil merangkul manja leher Hardeen. Meliang-lentok tubuhnya bergerak dengan harapan lelaki itu akab bersetuju dengan permintaannya ini. Beberapa hari lepas, mereka berdua terdapat sedikit perselisihan faham dan hadirnya dia di sini semata-mata untuk memujuk hati Hardeen semula. Takkan dia mahu biarkan amarah lelaki itu menjejaskan hubungan baik mereka?

"Hey, Jes, can you do me a solid and stop whatever it is that you're doing right now, please?"

Jesnita menarik muka masam. "You ni tak sporting langsung."

Tangan Jesnita yang masih merangkul kemas di lehernya dirungkai perlahan apabila ketidakselesaan terbina. Lagi pula, dia tidak mahu aksi manja gadis itu berlangsung bebas dan melebihi batas. Memang tidak dinafikan sejak dari kecil sehingga dewasa cara kasihnya kepada Jesnita disalurkan melalui sentuhan, tetapi apa kejadahnya ditontonkan di pejabat? Etika tetap etika, tidak kira saudara-sedarah sekalipun. Itu prinsip yang dia pegang sehingga kini.

Daun pintu yang ditabrak kuat secara tiba-tiba mengejutkan Hardeen dan Jesnita. Senyuman sinisnya terbentuk di bibir apabila gerangan yang membuat kecoh kali ini seperti yang dia sangkakan. Anak mata mereka bersabung tepat dan kemaafan yang dipinta berkali-kali oleh Qaisara tidak diendahkan. Suasana di dalam ofis itu berubah dingin dan tegang dengan kata sumpahan dari gerangan tersebut. Keadaan bertambah kecoh dengan jeritan Jesnita yang segera beralih menjauh sebaik saja Sean mara ke hadapan untuk menghadiahi satu tumbukan padu di pipi Hardeen.

Buk!

"Sean! What the hell are you guys doing?!"

Sean dikuasai perasaan marah, kolar lelaki itu dicekak kuat. "You'd better not fuck with me cause I swear I'm beating the piss out of you now! Kau main gila dengan aku, Hardeen!"

T I A R AWhere stories live. Discover now