Bab 35

2.2K 185 45
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Takkan Terganti - Marcell

"Did I miss something here or what?"

"Don't worry, you haven't missed much. We're still just getting started, and you're here just on time." Hardeen menjawab mendatar lalu kepala ditoleh kembali kepada Tiara. Gadis itu terlihat bingung. Mungkin cuba memproses informasi yang diterima.

"Right, Tiara?"

"Oh, what a shame, what a terrible way to ruin a lovely day."

Berdecit. Sean melorek sinis, wajah diteleng sekilas. Udara ditarik ke rongga selepas menyatakan sindiran. Meluat menyaksikan kemesraan yang terbina di antara Hardeen dan Tiara sepanjang ketiadaannya. Sesuatu terlahir, dia telah kalah secara rasmi di dalam percaturan hati. Melihat cara gadis itu merenung Hardeen ibarat membaca kibaran isyarat yang jelas lagi nyata. Sakitnya tidak terkata.

Tiara terkulat-kulat tidak mengerti. Atmosfera yang mengelilingi mereka sempit dan tegang. Figura Tuan Hardeen dan Encik Sean memanah sesama sendiri, mencetuskan tanda tanya buatnya. Dia tidak tahu sesuatu yang sedang terjadi di antara mereka, lebih-lebih lagi kepulangan Encik Sean secara tiba-tiba mencucuk perasaan ingin tahu. Melihatkan kod pakaian yang tersarung di tubuh lelaki itu menjelaskan bahawa Encik Sean turut dijemput, terselindung dibalik topeng tanpa disedari oleh mata-mata manusia.

"Aku betul-betul cuba berfikir panjang untuk tak merosakkan mahligai fantasi yang kau cipta, Hardeen. But it's only fair that she knows who her 'hero' really is, behind the fake mask he's wearing." Jari dipetik. Lagak mencabar. Rapat kedudukan mereka mencerlung bak helang sesama sendiri. Nafas semakin membahang.

"Ah, right, a knight in shining armor, who turns out to be nothing but a selfish prick?"

"Yeah, this knight in shining armor may be a raging prick, but he's still sparkly and bright. How great is that?" Kening dijongket. Memulang paku buah keras. Hardeen menguntum senyuman senget setelah reaksi Sean terimbas ketat. Lelaki itu mengangguk, bersetuju dengan kata-katannya untuk memberi serangan balas. Permainan yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja.

"Ah, that's the thing! It's great until she figures out what twisted game you're playing. You see, this is where the fun begins."

"Permainan apa?"

Tiara mencelah setelah lama menyepi sebagai pemerhati. Fokus figura-figura sasa itu mulai berpusat ke arahnya. Anak mata Tuan Hardeen dicari, anehnya tiada lagi sinaran dari renungan redup untuknya. Air muka lelaki itu terlihat tenang, namun terdapat tekanan yang maha hebat sedang berlarutan. Tiara diasak nyalaan perasaan ingin tahu. Permainan apa yang sedang mereka berdua mainkan di belakangnya?

"I tak faham." Kepala digeleng. Garis hambar terukir, cuba menyatukan satu-persatu titik persoalan yang berlegar-legar. Wajah Tuan Hardeen dan Encik Sean dicari silih berganti untuk menuntut jawapan. Dia sangat keliru.

"Permainan apa ni? Apa kaitannya dengan I?"

Keadaan berpihak kepada si mangsa. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Situasi yang ditunggu-tunggu selama beberapa bulan ini tiba di waktu tepat. Sean mengapi-apikan percaturan yang sedang marak. "Go ahead and tell her, Hardeen, go ahead and tell her just how messed up you made things for her. Dia layak tahu helah licik kau."

"Helah licik apa?"

Laju Tiara menyoal tidak sabar. Pancaindera Tuan Hardeen dicari meminta kepastian. "Tuan? Helah licik apa?"

T I A R AWhere stories live. Discover now