Bab 30

3K 227 46
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

SUSUNAN kaki Tan Sri Haidar Saadi kemas diatur ke ruangan menunggu di sebuah balai polis Kuala Lumpur. Dia menerima panggilan daripada pihak berkuasa setelah Hardeen dilaporkan mengheret Harrez secara paksaan semata-mata untuk menyumbat anak sulungnya ke dalam penjara. Wajah Harrez bengkak menggelembung dan berdarah. Lelaki itu dibawa ke hospital besar Kuala Lumpur untuk rawatan kecemasan. Dia meminta orang kanannya untuk menguruskan semuanya dengan pihak hospital kerana kontroversi ini akan pecah sekiranya terpampang di akhbar. Dimana harus dia letakkan mukanya ini?

Derapan kaki seseorang mencuri tumpuan. Figura Hardeen berjalan santai sebelum berdiri menghadapnya. Dada Tan Sri Haidar Saadi turun naik dengan amarah menggila. Satu tamparan laju dihadiahi. Kepala lelaki itu terteleng ke tepi. Tidak boleh menerima perbuatan brutal Hardeen terhadap Harrez. "Harrez hampir mati dikerjakan you. He's lost a lot of blood, and you're only making matters worse. What the hell are you thinking, Hardeen? You bercita-cita nak jadi pembunuh pula?"

Hardeen melonggarkan rahang. Kepala diluruskan ke hadapan semula. Riaknya ketat. "If he couldn't control himself, then he got what was coming to him."

"You beat him to death, your own flesh and blood! Did you even see what you were doing?! Jangan berlagak samseng." Marah Tan Sri Haidar Saadi lagi dengan suara menggigil. Batu-bata kesabaran disusun meninggi, melawan panahan mata anak bongsunya yang tidak getar. Dimana hilangnya ikatan kekeluargaan? Menyala-nyala api di kalbu selepas Hardeen turut menyerahkan rakaman cip kamera yang memaparkan gangguan seksual di pantri untuk mengukuhkan bukti bagi menyumbat Harrez ke dalam penjara.

"Papa fikir I akan biarkan kes ni berlalu kalau penghormatan staf I dicabul? Estate Empire ada undang-undang, dan anak papa dah langgar salah satu daripadanya. I ada kuasa untuk tendang dia keluar dari syarikat sebab mengancam keselamatan pekerja. Ini undang-undang yang papa gubal, dan I cuma praktikkannya. Setiap pekerja berhak bekerja dalam suasana yang selamat dan selesa."

"One more thing, Harrez mencabul dalam keadaan mabuk. Sekaligus melawan etika yang digubal oleh papa sendiri. Untuk mempertahankan pekerja yang terang-terang tidak berdisiplin, solusinya hanya satu. Dibuang." Hardeen menyatakan kesemua logik dalam riak dingin dan tidak bernada. Dia tidak menyesali dengan keputusan ini kerana Harrez memang layak diberi pengajaran. Amaran awal untuk tidak mendekati atau berniat untuk mencelakakan Tiara.

Tan Sri Haidar Saadi menarik nafas panjang. Hujah Hardeen sangat kuat dan berpaksi. Dia tidak menidakkan kesalahan Harrez kerana lelaki itu sering kali bertindak tanpa berfikir panjang. Persoalannya adalah Hardeen. Memukul, memijak, dan menendang sehingga lemah Harrez dibantai.

Biar undang-undang syarikat yang menentukan sebelum kes ini disiasat lebih lanjut, bukannya menggunakan kekerasan. Dia sudah terlebih makan garam. Hardeen hanya berselindung dibalik alasan kerana mereka berdua mempunyai isu antara satu sama lain. Tuduhan yang dimomokkan dari Jesnita satu-persatu dibuktikan.

Wanita itu.

"She's the one pulling the strings, isn't she? She's behind this whole mess?"

Hardeen melorek sinis. Membiarkan lelaki itu menyambung kata yang terjeda.

"You dan dia ibarat langit dan bumi. Sooner or later, you'll realize you'd be so much better off if you've never met her. Wanita itu tak berbaloi untuk dipertahankan."

"Apa yang papa tahu tentang dia? Daripada desas-desus? Internet? Atau dari pendapat bodoh sombong papa sendiri?" Hardeen berminat. Memulangkan semula jawapan. Dia cukup panasaran dengan tahap obsesi Tan Sri Haidar Saadi berkaitan Tiara. Prejudis. "Papa hanya kenal dari luaran. Persepsi. Tanggapan tak membuktikan keperibadian seseorang. Sila selidik tentang dia kalau perlu."

T I A R AWhere stories live. Discover now