Bab 37

2.3K 195 41
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Untukmu Aku Bertahan - Afgan

SEKEPING potret sebesar tapak tangan yang tersimpan di dalam kotak berkunci di atas almari dikeluarkan. Lama matanya menjamah raut wajah itu dengan pelbagai rasa di dada. Pernah terdetik di hati ini untuk mencari wanita itu, pernah terdetik di hati untuk memohon kemaafan atas khilaf yang dilakukan. Tidak disangka-sangka takdir yang disusun Allah SWT sekali lagi menghubungkan mereka dalam keadaan yang cukup mengejutkan. Wanita yang pernah dicintai sepenuh jiwa, wanita yang sentiasa menaiki takhta hati mempunyai seorang anak perempuan yang merupakan pasangan pilihan anaknya sendiri.

Tiara.

Tan Sri Haidar Saadi meruap wajah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tan Sri Haidar Saadi meruap wajah. Dua keping gambar di tangan disatukan secara bersebelahan. Pertama kali bersua dengan Tiara sewaktu menilai projek Kubang Gajah yang dipantau gadis itu bagaikan membawanya ke zaman berpuluh-puluh tahun dahulu. Melihat kepintaran dan karisma Tiara menyampaikan idea mengingatkan asbab mengapa dia begitu mengagumi Diana. Diana yang menawan, Diana yang pintar, Diana yang cukup sempurna. Raut mereka berdua sangat seiras. Disebabkan tidak puas menilik wajah lembut Tiara, dia mengatur pertemuan makan malam dengan alasan kerja.

Zaman lampaunya terlalu menyesakkan dada sekiranya diingati. Walaupun mereka berdua mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupan masing-masing, cinta itu masih bernyala. Malah rasa bersalah begitu mendalam kerana tidak mampu mencintai Julia sehebat itu. Dia hilang pertimbangan, anak-anak terabai, perasaan isteri dilukakan berkali-kali. Natijahnya, dia menghadap kebencian dari darah daging sendiri.

Cermin mata ditanggal dari batang hidung. Perasaan takut akan bayang-bayang lama kembali menghantui. Lebih-lebih lagi selepas menyedari Hardeen sedang mengikuti jejaknya.

***

Lantunan muzik klasik sayup-sayup terpasang di dewan makan. Royal Caribbean terkenal dengan tawaran masakan yang pelbagai, menawarkan pilihan seperti restoran kelas atas, bufet kasual dan restoran perkhidmatan pantas. Para tetamu berpeluang untuk menikmati pengalaman bersantap yang mewah dan lengkap dengan perkhidmatan yang istimewa, atau memilih pendekatan yang lebih kasual dengan mencuba pelbagai masakan global di restoran bufet. Hidangan yang disajikan memenuhi citarasa pelbagai penumpang termasuk hidangan tempatan dan antarabangsa.

"I'm not sure if you still remember me, but anyways, hi Hardeen. It's nice to see you again."

Tangan dilambai ala kadar, menghidupkan suasana di pagi hari. Tak berkelip matanya menjamah figura sasa yang memilih untuk duduk bertentangan dengan mereka. Malam semalam Miasara datang ke suite-nya untuk menyampaikan cerita. Tidak sangka mereka berdua sudah terserempak pada hari pertama berlayar. Wajah manis Miasara yang masih tersenyum melihat Hardeen dikerling. Lelaki itu menarik kerusi dan mendaratkan sepinggan makanan bufet di atas meja.

T I A R AWhere stories live. Discover now