Chapter 9 : He's dead to me

103 12 12
                                    

Bab 9





Kyungsoo memandang ke arah langit yang dihiasi dengan bintang-bintang yang berkerlipan. Setelah sekian lama duduk di bandar, akhirnya dia dapat merasai rasa tenangnya kampung. Kadangkala, dia merasakan hidupnya akan lebih baik jika dia tinggal di situ. Akan tetapi, peluang untuk bekerja lebih terhad.

Terlalu banyak kenangan yang harus dia tinggalkan. Kenangan yang manis mahupun yang pahit. Pelbagai benda telah ditelan demi meneruskan kehidupannya. Tapi dia tahu. Aturan hidup tidak diketahui. Semuanya akan berputar. Semuanya akan memainkan peranan masing-masing.

Dia masih lagi ingat betapa gembiranya dia hidup di situ suatu ketika dulu. Dengan tubuhnya yang kecil, dia masih berbakat dalam bidang lain. Mendapat sokongan dan dorongan daripada insan yang disayangi, dia tahu dia semakin kuat. Kematian kedua ibubapanya suatu ketika dulu membuatkan perasaannya hampir membeku.

Dia tidak menangis. Dia hanya merasa kaku. Seolah-olah dia tidak merasakan apa-apa. Seperti dia menjangkakan perkara itu berlaku. Seperti dia telah lama bersedia. Menjadi anak tunggal membuatkan dia sentiasa berdikari sejak kecil. Dia bukan dilahirkan dalam keluarga kaya. Jadi dia tahu bagaimana hendak meneruskan hidup.

Neneknya adalah satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup. Ayahnya tidak mempunyai adik-beradik yang lain selain pakciknya yang kini tinggal di situ. Ibunya pula anak yatim piatu sejak kecil. Dan tinggallah dia seorang diri. Dia tidak pernah menyusahkan sesiapa. Sebab itulah neneknya sentiasa gembira hidup dengannya.

Pertemuannya dengan lelaki bernama Kai membuatkan hidupnya yang hanya hitam putih menjadi penuh dengan warna-warna yang lain. Kai berpindah sekolah ke kampung itu dari bandar. Akan tetapi, lelaki itu tidak pernah berlaku sombong. Malah, amat disenangi.

Kyungsoo masih ingat bagaimana dia menyampah dengan lelaki itu kerana sifatnya yang ceria dan tidak pernah putus asa. Sifat mereka berdua saling bertentangan. Tapi mereka sangat akrab. Kyungsoo menjadi keutamaan Kai, dan begitu juga sebaliknya. Kebanyakan orang mempertikaikan hubungan mereka. Seolah mereka tidak sepatutnya seakrab itu.

Kai adalah orang yang mendorong Kyungsoo. Membuatkan dia mula memandang ke arah sisi positif. Membuatkan dia mula merasai setiap benda. Dia masih ingat lagi sewaktu Kai bermati-matian mendaftarkannya masuk dalam bidang kulinari semasa di kolej. Hanya lelaki itu yang dapat melihat bakatnya.

"Soo..."

Lamunan lelaki kecil molek itu terhenti. Dia tidak menoleh. Tahu siapa pemilik suara itu. Baekhyun dan Luhan duduk di sebelahnya. Mereka turut menikmati keindahan malam itu.

"Mana Lay?" tanya Kyungsoo tanpa mengalihkan pandangannya.

"Masih berbual dengan nenek awak."

"Nenek takkan pernah habis bercerita." komen Kyungsoo. "Dan Lay takkan pernah berhenti mendengar."

Baekhyun dan Luhan hanya mengangguk. Keadaan menjadi sepi seketika. Mereka tahu lelaki itu masih bergelut dengan perasaannya sendiri. Bergelut mengenai apa yang disimpan di dalam hatinya. Dan mereka tidak berani untuk bertanya. Mereka tahu dia perlukan masa.

"Dia semakin kacak."

Serentak kedua adik-beradik itu menoleh apabila Kyungsoo memecahkan kesunyian setelah hampir lima belas minit.

"Kai..." gumam Kyungsoo dengan perasaan yang bercampur-baur. "Dia semakin kacak berbanding apa yang saya ingat."

Baekhyun dan Luhan berpandangan. Tidak tahu hendak berkata apa. Mereka hanya membiarkan lelaki itu.

"Dulu saya ingatkan dia akan merana. Sebab kali terakhir dia tinggalkan saya dia menangis lebih teruk dari saya." Kyungsoo bersuara lagi sambil tersengih. "Tapi saya silap. Dia menjalani kehidupan yang baik selepas itu kalau dilihat macam mana dia sekarang."

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now