Chapter 18 : Guilty

91 10 13
                                    

Bab 18




"Hei!! Itu daging saya!"

Chanyeol memekik ketika Baekhyun menyambar daging yang dipanggangnya di tengah-tengah meja restoran itu. Lelaki kecil itu pula hanya membuat riak muka tidak bersalah sambil mengunyah daging itu. Chanyeol menggolekkan bebola matanya kemudian memanggang beberapa daging yang lain.

"Badan awak kecil. Tapi kuat sangat makan." komen Chanyeol.

Baekhyun mengangkat bahunya. "Bukan salah saya badan saya tak nak membesar."

Chanyeol hanya tergelak kecil mendengar balasan lelaki itu. Entah di mana silapnya pertemuan pertama mereka yang membuatkan mereka bermusuh beberapa lama. Dan dia bersyukur lawatan itu membawa kepada pendekatan mereka. Lelaki yang dia rasakan sangat menjengkelkan sebenarnya lebih mesra berbanding apa yang dia bayangkan.

Saat mula-mula dia ingin mengajak lelaki itu keluar, seharian dia memikirkan ayat yang sesuai. Selepas Baekhyun bersetuju, dia mula risau bagaimana hendak memulakan perbualan memandangkan dia tidak begitu biasa dengan perkara seperti itu. Bagaimanapun, Baekhyun membuatkan semuanya jadi mudah. Mereka seolah-olah sudah berkawan rapat sejak sekian lama.

"Awak tinggal berdua je dengan abang awak ke?" tanya Chanyeol.

Baekhyun mengangguk. "Kami ada ajak Kyungsoo tinggal bersama. Tapi dia dah selesa tinggal sendiri."

Chanyeol mengangguk.

"Awak?" Baekhyun mengangkat keningnya. "Tinggal dengan Sehun?"

"Sehun bukan abang saya."

Baekhyun menggolekkan bebola matanya. "Maksud saya sebagai kawan lah. Eish!"

Chanyeol ketawa serta-merta kemudian menggelengkan kepalanya. "Kami semua tinggal berasingan."

"Kamu semua?" Baekhyun mengerutkan dahinya.

"Saya dan kawan-kawan saya." ujar Chanyeol sebelum menyuap sepotong daging panggang ke dalam mulutnya.

Baekhyun mengangguk. Dia tahu kawan-kawan Chanyeol. Selain daripada Sehun, dia kenal Kai dan Tao.

"Kyungsoo tu memang kawan kamu dari dulu ke?" Chanyeol memandang Baekhyun.

Lelaki kecil itu menggelengkan kepalanya. "Kami semua jumpa kat kafe tu. Termasuk yang lain."

Chanyeol mengangguk-angguk kemudian meneruskan makan hidangan yang mereka pesan. Perbualan mereka lebih kepada saling mengenali antara satu sama lain memandangkan itu kali pertama mereka keluar bersama. Semakin lama, keselesaan semakin dirasai.

Baekhyun menarik nafas kemudian mendengus perlahan apabila sesuatu singgah ke dalam fikirannya. Chanyeol memandang lelaki itu kerana perasan mengenai perkara itu.

"Ada apa-apa yang tak kena ke, Baek?"

Baekhyun mendengus sekali lagi. "Tak ada apa. Saya cuma risau pasal kafe tu je."

"Kenapa dengan kafe tu?" tanya Chanyeol.

Baekhyun menarik nafas panjang. "Sales kami jatuh merundum. Kami dah usaha macam-macam tapi tetap tak ada perubahan. Makin teruk adalah. Memang susah."

Chanyeol mengerutkan dahinya. "Ada kesan dengan kamu ke kalau jatuh? Maksud saya sebagai pekerja?"

Baekhyun mengangkat bahunya. "Ada kesan kalau Kris putuskan untuk tutup kafe tu."

Chanyeol membesarkan matanya. "Dia akan tutup?"

"Tak tahu lagi." jawab Baekhyun. "Tapi tak mustahil. Dia ada punca pendapatan lain kalau dia tutup kafe tu."

Mocha & Latte [BROMANCE] ✔Where stories live. Discover now